Peter Sanders

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Fail:Peter sanders.jpg
Peter Sanders

Peter Sanders adalah salah seorang jurugambar yang tersohor di peringkat antarabangsa khususnya dalam Dunia Islam. Beliau juga telah muncul sebagai salah seorang jurugambar Muslim yang amat professional dan berkebolehan di Britain pada waktu ini. Fokus beliau ialah masyarakat Islam di serata dunia, terutamanya dari kawasan yang terpencil dan masyarakat tradisional seperti Mauritania, Hadramaut, China dan Jepun.

Sanders, dilahirkan di London, mula menceburkan diri dalam kerjaya seni foto sewaktu pertengahan zaman 1960-an, di mana beliau sering merakamkan wajah pemuzik-pemuzik terkenal pada waktu itu termasuklah Bob Dylan dan kumpulan The Rolling Stones. Pada tahun 1970, perhatian beliau berubah haluan, yang lebih menjurus ke arah kerohanian Iman dunia masyarakat Islam. Pada tahun 1971 beliau telah diberikan satu peluang unik untuk merakamkan kehangatan perhimpunan ibadah terbesar dunia di Makkah pada musim Haji. Gambar-gambar ini muncul di dalam majalah-majalah utama UK dan Eropah seperti Majalah The Sunday Times, The Observer dan Paris Match.

Usaha untuk menjelaskan kehalusan iman bukan merupakan satu kerja yang mudah. Buat masa kini, beliau amat menitikberatkan usaha untuk mendekatkan jurang budaya di antara dunia barat yang sekular dan dunia Islam. Memandangkan beliau dapat melihat keindahan Islam dari dalam, beliau ingin berkongsi pengalaman ini dengan orang lain. Dengan menggunakan negaranya sendiri yakni Britain sebagai subjek, Sanders telah berjaya menarik minat umum terhadap sebuah Negara yang mempunyai populasi masyarakat Islam yang besar dan amat penting kepada komuniti. Hasilnya merupakan sesuatu yang memberikan penjelasan dan juga kepuasan dari segi estetik.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]