Philibert Tsiranana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Philibert Tsiranana
Philibert pada tahun 1962.
Presiden Madagaskar Pertama
Dalam jawatan
1 Mei 1959 – 11 Oktober 1972
Naib PresidenPhilibert Raondry, Calvin Tsiebo, Andre Resampa, Calvin Tsiebo, Jacques Rabemananjara, Victor Miadana, Alfred Ramangasoavina, Eugène Lechat
Didahului olehjawatan ditubuhkan
Digantikan olehGabriel Ramanantsoa
Perdana Menteri Madagaskar ke-7
Dalam jawatan
14 Oktober 1958 – 1 Mei 1959
Didahului olehjawatan ditubuhkan semula
Digantikan olehjawatan dimansuhkan
Butiran peribadi
Lahir(1912-10-18)18 Oktober 1912
Ambarikorano, Madagaskar
Meninggal dunia16 April 1978(1978-04-16) (umur 65)
Antananarivo, Madagaskar
KerakyatanMadagaskar Madagascar
Parti politikParti Sosial Demokratik
PasanganJustine Tsiranana (k. 1933–1978; kematian Philbert)
ProfesionProfesor Bahasa Perancis dan Matematik

Philibert Tsiranana (18 Oktober 1912 – 16 April 1978) merupakan Presiden Madagaskar dari tahun 1959 hingga 1972. Sebelum ini, beliau merupakan Perdana Menteri negara tersebut ketika ia masih di bawah naungan Komuniti Perancis tahun 1958 sehinggalah ia merdeka pada 1959.

Pemerintahan beliau berada dalam keadaan sungguh stabil berbanding negara-negara sebenuanya serta mengalami perkembangan ekonomi yang sederhana sihat di bawah pelaksanaan berupa sosialisme pragmatik. Hal ini menjamin kemakmuran negaranya yang turut medapat nama "Pulau Bahagia" (Île heureuse) pada ketika itu. Walau bagaimanapun, proses pilihan raya penuh dengan isu-isu dan istilahnya akhirnya berakhir dalam siri tunjuk perasaan tani dan pelajar yang membawa kepada berakhirnya Republik Pertama dan penubuhan Republik Kedua yang secara sosialis.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dicatatkan lahir pada 18 Oktober 1912 di Ambarikorano, kawasan Sofia timur laut Madagascar.[1][2] Ibu bapanya Madiomanana and Fisadoha Tsiranana, merupakan peladang ternak lembu zebu Katolik etnik Tsimihety.[2]

Philibert pada asalnya mahu menjadi peladang juga.[3][4] Namun, kematian ayahnya tahun 1923 mendorong beliau bersekolah atas cadangan abangnya, Zamanisambo untuk memperbaiki hidup; beliau bersekolah di Anjiamangirana.[5]

Beliau menjadi guru di kampungnya setelah menamatkan pengajiannya.

Kerjaya perguruan[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan pengajarannya di suatu sekolah menengah Tananarive tahun 1942. Beliau lulus ujian kelayakan pembantu guru pada 1945 yang membolehkan beliau bekerja sebagai seorang profesor.[3] Beliau mendapat biasiswa ke École normale d'instituteurs di Montpellier, Perancis pada tahun berikutnya pada 1946, beliau berangkat ke sana pada 6 November.[6]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau bekerja sebagai gurulah beliau menyertai kesatuan guru pakar 1943. Sambil beliau melanjutkan pengajarannya, peluang beliau berpolitik terbuka dengan pembebasan peruntukkan diberikan kepada para warga jajahan Perancis setelah Perang Dunia Kedua berikutan pembentukan Kesatuan Perancis.

Beliau menyertai Persatuan Komunis Pelajar (Groupes d’études communistes, GEC) pada Januari 1946 atas cadangan mentornya Paul Ralaivoavy;[3] beliau menjadi setiausaha persatuan tersebut. Perkenalannya dengan seberapa orang seperjuangan mendorong kepada pembentukan parti anti-penjajah Parti Warga Tidak Berwaris Madagaskar (Parti des déshérités de Madagascar, PADESM) pada Jun tahun sama dengan beliau sebagai pengasas parti.[3]

Sebagai Perdana Menteri (1958-1959)[sunting | sunting sumber]

Sebagai Presiden (1959-1972)[sunting | sunting sumber]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charles Cadoux. Philibert Tsiranana. In Encyclopédie Universalis. Universalia 1979 – Les évènements, les hommes, les problèmes en 1978. p.629
  2. ^ a b André Saura. Philibert Tsiranana, 1910-1978 premier président de la République de Madagascar. Tome I. Éditions L’Harmattan. 2006. p.13
  3. ^ a b c d Biographies des députés de la IVe République : Philibert Tsiranana
  4. ^ Charles Cadoux. Philibert Tsiranana. In Encyclopédie Universalis. 2002 Edition.
  5. ^ André Saura. op. cit. Tome I. p.14
  6. ^ André Saura. op. cit. Tome I. p.17