Piagam Bumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Piagam Bumi merupakan satu deklarasi bagi nilai dan prinsip asas untuk membina masyarakat yang adil, mapan dan aman damai pada abad ke-21. Dicipta oleh proses perundingan sejagat terbesar yang pernah dilibatkan dengan deklarasi antarabangsa, disahkan oleh ribuan organisasi mewakili jutaan individu, Piagam Bumi ingin mengilhamkan semua manusia akan saling bergantungan dan perkongsian tanggungjawab sedunia tentang keadaan manusia dan dunia kehidupan yang lebih besar. Ia satu pernyataan harapan dan seruan untuk membantu mencipta kerjasama sedunia pada persimpangan genting dalam sejarah kini. Piagam Bumi merangkumi wawasan etika yang mencadangkan perlindungan alam sekitar, hak asasi manusia, kesaksamaan pembangunan manusia, dan keamanan adalah saling bergantung dan tidak terbahagi. Ia menyedialan satu rangka kerja yang baru untuk memikirkan tentang dan cara isu-isu ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ilham bagi Piagam ini berasal pada tahun 1987, apabila Suruhanjaya Dunia bagi Alam Sekitar dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memanggil untuk piagam yang baru bagi memimpin peralihan kepada pembangunan mapan. Pada 1992, perlunya piagam telah didesak oleh Setiausaha Agung ketika itu, Boutros Boutros-Ghali di Kemuncak Dunia Rio de Janeiro, tetapi masa untuk deklarasi itu masih belum sesuai. Deklarasi Rio menjadi pernyataan sepersetujuan yang dicapai pada masa itu. Pada 1994, Maurice Strong (Pengerusi Kemuncak Dunia) dan Mikhail Gorbachev, bekerja melalui organisasi-organisasi yang mereka asaskan (Majlis Bumi dan Palang Hijau Antarabangsa), memulakan kembali Piagam Dunia sebagai inisiatif masyarakat am, dengan bantuan kerajaan Belanda. Draf awal dan proses perundingan menarik ratusan lagi dokumen antarabangsa.

Mukadimah[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan terjemahan mukadimah bagi Piagam Bumi:

Kita berada pada detik genting dalam sejarah Bumi, masa untuk manusia memilih masa depan mereka. Semakin dunia menjadi saling bergantungan dan rapuh, masa depan kini mempunyai bahaya dan janji. Untuk bergerak ke hadapan, kita mesti mengetahui di dalam kepelbagaian budaya dan bentuk kehidupan, kita adalah satu keluarga manusia dan satu masyarakat Bumi dengan takdir yang sama. Kita mesti berganding bahu untuk membawakan masyarakat dunia yang mapan yang berasaskan pernghormatan kepada alam, hak manusia sejagat, keadilan ekonomi dan budaya keamanan. Pada penghujung ini, adalah perlu untuk kita, penduduk Bumi, mengisytiharkan tanggungjawab kita kepada yang lain, kepada masyarakat hidupan yang lebih besar, dan kepada generasi masa hadapan.

Prinsip Am[sunting | sunting sumber]

Piagam Bumi menggesa tanggunjawab terhadap alam sekitar, kewujudan bersama keamanan, hormat kepada kehidupan, demokrasi dan keadilan. Ia disusun menjadi 16 tajuk utama, yang merangkumi prinsip am, seperti berikut:

  1. Menghormati Bumi dan kehidupan dalam semua kepelbagaiannya.
  2. Prihatin akan komuniti kehidupan dengan pemahaman, kasih dan sayang.
  3. Membina masyarakat demokrasi yang adil, penyertaan, mapan dan aman.
  4. Menjaga hasil dan keindahan Bumi bagi generasi kini dan akan datang.
  5. Memelihara dan memulihara keutuhan sistem ekologi Bumi, dengan keprihatinan yang khusus kepada kepelbagaian biologi dan proses alam yang mengekalkan kehidupan
  6. Mencegah kerosakan sebagai cara terbaik bagi perlindungan alam sekitar dan, apabila ilmu pengetahuan terbatas, gunakan pendekatan berjaga-jaga.
  7. Mengambil corak penghasilan, penggunaan dan penghasilan semula yang menjaga kapasiti penghasilan semula Bumi, hak asasi manusia dan masyarakat.
  8. Melanjutkan kajian tentang kemapanan ekologi dan menggalakkan pertukaran terbuka dan penggunaan meluas tantang ilmu itu.
  9. Membasmi kemiskinan sebagai tindakan yang penting bagi etika, sosial dan alam sekitar.
  10. Memastikan aktiviti dan institusi ekonomi pada semua peringkat menggalakkan pembangunan manusia dalam keadaan yang mapan dan saksama.
  11. Mengesahkan persamaan dan keadilan jantina seperti yang diwajibkan untuk pembangunan mapan dan memastikan kemudahan yang sejagat bagi pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang ekonomi.
  12. Mendukung hak semua, tanpa diskriminasi, kepada sokongan sosial dan alam bagi maruah manusia, sihat jasmani dan elok rohani, dengan perhatian yang khusus kepada hak penduduk asli dan minoriti.
  13. Memperkuatkan institusi demokrasi pada semua peringkat, dan menyediakan ketelusan dan kebertangungjawaban kepada pemerintahan, termasuk penyertaan dalam membuat keputusan dan jalan menuju keadilan.
  14. Bersepadu menjadi pendidikan normal dan pembelajaran jangka hayat bagi ilmu pengetahuan, nilai, kemahiran dan keperluan bagi cara hidup yang mapan.
  15. Melayan semua hidupan dengan rasa hormat dan timbang rasa.
  16. Menggalakkan budaya toleransi, tidak ganas dan aman damai.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]