Rio de Janeiro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rio de Janeiro
Lokasi Rio de Janeiro
Lokasi Rio de Janeiro
Koordinat: 22°54′30″S 43°11′47″B / 22.90833°S 43.19639°B / -22.90833; -43.19639
Negara Brazil
Bahagian Tenggara
Negeri Rio de Janeiro
Kerajaan
 - Datuk bandar Cesar Maia (PFL)
Kepadatan (2005)[1][2]
 - Bandar 5,613,000
 - Metro 12,620,000
Zon masa Brazil (UTC-3)
 - Musim panas (DST) +1 (UTC-2)
Laman web: www.rio.rj.gov.br

Rio de Janeiro (IPA: Portugis: [ˈʁi.u dʒi ʒaˈnejɾu], "Sungai Januari") merupakan bandar raya utama di tenggara Brazil dan ibu negeri Rio de Janeiro. Bandar ini pernah menjadi ibu negara Brazil (1763–1960) sebelum dipindahkan ke Brasilia. "Rio" juga pernah menjadi ibu kota Empayar Portugal (1808–1821).

Rio de Janeiro terkenal kerana perayaan Carnival, samba, pantai seperti Copacabana dan Ipanema dan juga jurang sosial yang besar. Di kawasan kejiranan orang miskin, jenayah keganasan dan pengedaran dadah sering berlaku. Di atas bukit Corcovado terdapat patung gergasi Jesus (Cristo Redentor). Di Gunung Pão de Açúcar pula terdapat kereta kabel. Rio juga mempunyai stadium terkenal di Maracanã. Hutan Tijuca yang terletak di dalam bandar raya ini merupakan hutan bandar yang terbesar di dunia.

Rio de Janeiro terletak pada 22 darjah, 54 minit latitud selatan, 43 darjah 14 minit longitud barat (22°54′S, 43°14′W). Jumlah penduduk bandar ini ialah 6,094,183 [3] (anggaran IBGE 2005), di kawasan seluas 1,182.3 kilometer persegi (456.5 batu²) [4], manakala jumlah penduduk metropolitan ialah 11 juta orang. Rio de Janeiro ialah bandar kedua terbesar di Brazil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]