Pierre Nkurunziza

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pierre Nkurunziza
Pierre Nkurunziza - World Economic Forum on Africa 2008.jpg
Pierre Nkurunziza, President of the Republic of Burundi

Penyandang
Tempoh jawatan 
26 August 2005
Naib Presiden Martin Nduwimana
Yves Sahinguvu
Gabriel Ntisezerana
Didahului oleh Domitien Ndayizeye

Lahir 18 Disember 1963 (50 tahun)
Bujumbura, Burundi
Parti politik CNDD-FDD
Pasangan Denise Bucumi Nkurunziza
Religion Protestant Christian

Pierre Nkurunziza (lahir 18 Disember 1963) adalah ahli politik Burundi yang kini terpilih menjadi Presiden Burundi sejak tahun 2005. Beliau juga Ketua Dewan Nasional untuk Pertahanan Demokrasi-Tentera (CNDD-FDD). CNDD mewakili pemberontak etnik Hutu di Burundi , tetapi kini berubah menjadi parti politik .

Kehidupan dan Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nkurunziza lahir pada tahun 1963 di ibu kota Burundi Bujumbura . Ia belajar di wilayah Ngozi dan sekolah menengah di Kitega dan Universiti Burundi pada tahun 1990 - jurusan pendidikan dan sukan .

Ayahnya, Eustache Ngabisha, menjadi ahli Parlimen Burundi pada 1965 dan kemudian menjadi Gabenor .Malangnya bapanya itu dibunuh pada tahun 1972 semasa pertempuran etnik Hutu-Tutsi yang meragut nyawa lebih dari 100,000 rakyat Burundi.

Nkurunziza adalah seorang pensyarah di Universiti Burundi ketika perang saudara pecah . Kemudian pembunuhan Presiden etnik Hutu Burundi pertama, Melchior Ndadaye , pada tahun 1993. 300,000 terbunuh.

Politik[sunting | sunting sumber]

Dia menjadi ahli CNDD-FDD pada tahun 1995 sebagai seorang tentera, selepas tentera menyerang kampus universiti. Dalam sebuah wawancara dengan agensi berita IRIN (2004) dia mengebang semula peristiwa-peristiwa yang terjadi:

"Pada tahun 1995, tentera Tutsi menyerang kampus universiti dan membunuh 200 pelajar. Mereka cuba membunuh aku juga .Para penyerang menembak saya yang sedang berada dalam kereta. Saya sempat keluar dan lari .Mereka membakar kereta saya. Saya kemudian bergabung dengan CNDD-FDD sebagai askar. Kami tidak memulai perang saudara itu. "

Nkurunziza dilantik wakil setiausaha agung CNDD-FDD pada tahun 1998. Pada tahun 2001, beliau dipilih sebagai ketua. Berlaku perpecahan dalam kumpulan pada akhir 2001. Dia dipilih semula untuk jawatan ketua pada Ogos 2004.

Bermula pada akhir 2003, dia menjadi Menteri kerajaan peralihan Presiden Domitien Ndayizeye .

Pilihan raya Burundi terbahagi kepada 4 peringkat iaitu pilihan raya tempatan, presiden, legislatif dan senator dalam tempoh 5 bulan dan keadaan politik menjadi flip flob. Terdapat banyak etnik dan suku kaum.[1]

Presiden Burundi[sunting | sunting sumber]

Setelah FDD CNDD menang dalam pilihan raya Jun dan Julai 2005, Nkurunziza dicalonkan sebagai calon Presiden parti. Beliau terpilih menjadi presiden pada 19 Ogos 2005 dan mula berkhidmat pada 26 Ogos 2005. Kemenangan tercapai setelah rundingan dengan pemimpin penberontak FNL [[Agathon Rwasa]] - juga pemberontak Hutu.

Ia terpilih kembali pada tahun 2010 setelah mendapat 91.62 % undi. Burundi mempunyai 3.5 juta pengundi berdaftar. Separuh darinya berumur 14 tahun. 12 parti pembangkang membangkang pilihan raya ini sebagai taktik mendapatkan sokongan. Suruhanjaya Pilihan raya diketuai oleh Pierre Claver Ndayicariye. Kira-kira 76.98 % keluar mengundi. Ia adalah sebahagian pilihan raya yang akan tamat pada September 2010. Pilihan raya legislatif akan diadakan pada 23 Julai.

[2][3]

Agathon Rwasa pemimpin pemberontak dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Hutu (FNL) melarikan diri kerana pasukan keselamatan dikatakan memburunya. Kerajaan menuduh Rwasa masih bercuti. Ketiadaannya, satu-satunya calon presiden ialah Nkurunziza. 12 orang terbunuh dan 60 cedera dalam serangan bom di Bujumbura ketika pilihan raya berlangsung. Diplomat memaklumkan keselamatan Burundi masih lagi bahaya. [4]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan dalam agama Kristian. Pierre Nkurunziza berkahwin pada 1994 dan mempunyai dua anak laki-laki. Dia adalah salah satu dari tujuh beradik. Dua dari saudara-saudaranya dibunuh selepas perang sivil tercetus pada tahun 1993 dan tiga lain terbunuh apabila berperang di CNDD-FDD. Hanya satu dari saudara-saudaranya, saudara perempuan, hidup hari ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]