Piring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Cup saucer.jpg
Piring dan cawan teh
Piring yang lebih besar

Piring ialah sejenis alat makan yang berbentuk datar dan sedikit cekung, di mana makanan diletakkan. Piring biasanya lebih kecil dari pinggan. Piring biasanya digunakan untuk memakan kuih muih serta kek, atau sebagai alas cawan.

Piring biasanya diperbuat dari porselin, batu, plastik, logam, atau gelas. Kadang-kadang kayu juga digunakan. Ada juga piring yang berfungsi sebagai penghias ruangan, biasanya berupa piring yang banyak hiasannya atau berbahan logam mulia atau batu mulia. Piring juga ada bermacam-macam ukuran. Untuk piring sekali pakai biasanya digunakan bahan daripada kertas atau styrofom.