Plastik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah plastik merangkumi produk polimer sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada kondensasi organik atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau gentian sintetik. Nama ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri.

Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan(lihat keplastikan (fizik) dan mulur).

Plastik dapat dikategorikan dengan banyak cara tapi paling umum dengan melihat tulang-belakang polimernya (vinilklorida}, polietilena, akrilik, silikon, uretana, dll.). Pengkelasan lainnya juga umum.

Plastik adalah polimer; rantai-panjang atom mengikat satu sama lain. Rantai ini membentuk banyak unit molekul berulang, atau "monomer". Plastik yang umum terdiri dari polimer karbon saja atau dengan oksigen, nitrogen, klorin atau belerang di tulang belakang. (beberapa minat komersial juga berdasar silikon). Tulang-belakang adalah bahagian daripada rantai di jalur utama yang menghubungkan unit monomer menjadi satu. Untuk mengetahui ciri-ciri plastik kumpulan molekul berlainan bergantung daripada tulang belakang (biasanya "digantung" sebagai baghaian dari monomer sebelum menyambungkan monomer bersama untuk membentuk rantai polimer). Penghasilan oleh kumpulan rantaian ini telah membuat plastik menjadi bahagian tak dapat dipisahkan dalam kehidupan abad ke-21 dengan memperbaiki ciri daripada polimer tersebut.

Pengembangan plastik berasal daripada penggunaan bahan semula jadi (seperti: karat, "shellac") hingga ke bahan yang diubahsuai secara kimia (seperti: karat semula jadi, "nitrocellulose") dan akhirnya ke molekul buatan-manusia (seperti: epoksi, polivinil klorida - PVC, polietilena).

Pencemaran alam[sunting | sunting sumber]

Beg plastik[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mei 2009, Australia Selatan melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli. Larangan ini akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air. Pengguna akan diberi beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. Pembeli hendaklah menyediakan "green bags, atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg yang boleh reput sendiri.Beg plastik bergulung untuk mengisi buah-buahan, sayur-sayuran dan daging, masih terus disediakan, bersekali dengan beg lebih kukuh di gedung membeli-belah atau kedai pakaian.

4 bilion beg plastik di seluruh dunia amat membazir. Larangan ini dapat mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun.Kumpulan pencinta alam sekitar Planet Ark berharap tindakan ini dapat dicontohi semua.