Pisang awak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pisang awak merupakan jenis pisang yang ditanam bagi buah dan daunnya. Nama sains pokok Pisang Awak ialah Musa acuminata x balbisiana Colla (ABB Group) cv. 'Pisang awak'.[1]
Di Indonesia ia dikenali sebagai pisang klotok. Pokok Pisang tidak mempunyai batang berkayu, tetapi sebaliknya ia terdiri dari gentian.
Ciri-ciri[2]:
- Merupakan varieti masakan, berbiji dan tanpa biji.
- Ketinggian batang palsu 4 - 5 meter.
- Mula berbuah selepas setahun dan buah matang selepas 4 - 5 bulan berbunga.
- Berat tandan buah 20 - 30 kg dan mempunyai 9 - 12 sikat.
- Setiap sikat mempunyai sehingga 16 biji pisang.
- Varieti pisang awak : awak kepek (sedikit masam manis), awak lilin (manis), awak legor.
[sunting] Rujukan
- ↑ Sorting Musa names
- ↑ Mohamad Idris Zainal Abidin(1991). Pengeluaran Buah-Buahan. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-1597-2.