Plane Crazy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Plane Crazy
Siri Mickey Mouse
Pengarah Ub Iwerks
Walt Disney
Penerbit Walt Disney
Penulis cerita Walt Disney
Ub Iwerks
Pemuzik Carl Stalling (versi berbunyi)
Juruanimasi Ub Iwerks
Hugh Harman
Rudolf Ising
Studio Walt Disney Productions
Pengedar Celebrity Pictures
Buena Vista
Tarikh keluaran 15 Mei 1928 (bisu)
29 Disember 1928 (berbunyi)
Proses warna Hitam Putih (Filem) / Lukis Semula Diperwarna (TV)
Tempoh 6 min (segulung)

Plane Crazy adalah kartun animasi Mickey Mouse yang pertama sekali, keluar pada 15 Mei 1928 dalam bentul filem senyap, kemudian diisi runu bunyi oleh Carl W. Stalling untuk keluaran semula 29 Disember 1928.

Filem pendek ini diarah oleh Walt Disney bersama Ub Iwerks yang juga memainkan peranan sebagai juruanimasi utama filem ini. Iwerks dilaporkan menghabiskan enam minggu mengusahakannya. Hugh Harman dan Rudolf Ising diberi penghargaan kerana membantu Disney dan Iwerks; mereka berdua sudah menandatangani kontrak bersama Charles Mintz, tetapi Mintz masih dalam proses pembentukan studio barunya, jadi ketika ini mereka masih bekerja untuk Disney.

Tajuk asal filem ini adalah "Mickey Mouse In Plane Crazy", kemudian setelah Walt Disney mendapat hak cipta versi berbunyinya pada 1930, tajuknya dipendekkan kepada "Plane Crazy".

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mickey nampaknya cuba mencontohi Charles Lindbergh dengan menjayakan kapal terbang. Selepas memasang pesawat sendiri, Mickey mempelawa Minnie untuk bersamanya dalam penerbangan sulungnya setelah Minnie menghadiahinya seutas ladam sebagai tanda semoga berjaya. Mereka mengalami penerbangan luar kawalan yang melalui situasi yang berlebih-lebihan dan tidak terduga, termasuk seekor lembu yang menumpang pesawat itu sekejap. Setelah Mickey mengawal semula pesawatnya, dia cuba mengucup Minnie berkali-kali. Setelah ditolak, Mickey akhirnya memaksa diri dengan mengalih tumpuan Minnie lalu menghumbankannya keluar dari pesawat, kemudian menyambutnya semula dengan pesawat, dan mengambil kesempatan mengucupnya. Minnie kemudian menerjun keluar dari pesawat dengan seluar kembangnya. Ketika memerhati Minnie, Mickey hilang kawalan pesawatnya lagi lalu terhempas pada sebatang pokok. Minnie mendarat lalu ditertawakan oleh Mickey. Minnie membalas dengan meluru pergi dari situ. Mickey melontar ladam bertuah berian Minnie itu sehingga berpusing di keliling sebatang pokok seperti bumerang, terkena Mickey dan bergelang pada lehernya.[1]

Ulasan[sunting | sunting sumber]

Dalam filem Plane Crazy, Mickey dipamerkan sebagai watak yang nakal, penuh berahi, dan sering dipandang sebagai penjahat. Ketika filem ini mula-mula ditayangkan, Plane Crazy nampaknya kurang mendapat sambutan penonton, tidak senasib filem "Steamboat Willie" yang menyusul kemudian. Sungguhpun hampa, Disney nekad menghasilkan lagi kartun Mickey.

Inilah filem animasi pertama yang menggunakan gerakan kamera. Tangkap sudut pandangan dari pesawat menampakkan seolah-olah kamera itu menjunam ke arah tanah. Sebenarnya, ketika menangkap babak ini, para kakitangan menggunakan timbunan buku di bawah latar yang bergerak untuk merapatkan hasil seni ke arah kamera.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]