Walt Disney

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Walt Disney
Walt disney portrait.jpg
Lahir Walter Elias Disney
5 Disember 1901(1901-12-05)[1]
Chicago, Illinois
Meninggal dunia 15 Disember 1966 (umur 65)
Burbank, California
Pekerjaan Penerbit filem, Pengasas bersama The Walt Disney Company, dahulu dikenali sebagai Walt Disney Productions
Berkahwin dengan Lillian Bounds (1925-1997)

Walter Elias Disney atau lebih dikenali sebagai Walt Disney (5 Disember 1901 - 15 Disember 1966) adalah penerbit filem, sutradara, juruanimasi, dan pelakon suara dari Amerika Syarikat. Bersama saudara kandungya, Roy Oliver Disney, Walt mendirikan The Walt Disney Company dan sekarang terkenal dengan pelbagai filem dan taman permainannya, seperti Disneyland dan Disney Resort Paris.

[sunting] Kehidupan awal

Walt adalah anak kepada pasangan Elias Disney yang merupakan seorang berbangsa Ireland-Canada dan Flora Call Disney, seorang yang berketurunan German-Amerika. Beliau lahir di Chicago, Illinois Pada 1906, mereka semua pindah ke sebuah peternakan dekat Marceline, Missouri.

Walt bersekolah di Breton Grammar School dan lulus pada 1917, Walt juga belajar di Chicago Art Institute. Ketika Perang Dunia I, Walt berpartisipasi sebagai supir ambulans ketika berumur 16 tahun. Walt mengaku lahir pada 1900 agar diikutsertakan. Walt terdaftar sebagai Pasukan Ambulans Palang Merah Amerika di Perancis sampai 1919.

Sebagai pengasas (dengan abangnya Roy O.Disney) Walt Disney Production, Walt menjadi satu penerbit gambar bergerak yang terkenal di dunia. Walt Disney secara khusus dicatat sebagai seorang penerbit filem dan pemain sandiwara yang terkenal, sebagai penemu dalam bidang animasi dan desain penempatan suara (tema). . Dia adalah nominasi untuk Anugerah Akedemi 48 dan 7 Emmy, memegang rekod untuk banyak pencalonan Oscar. Pada tahun 1925 beliau berkahwin dengan Lilian Bounds, yang pada waktu itu bekerja di Ink & Paint departement di studio, dan mereka berumah tangga sehingga ke akhir hayatnya. Mereka mempunyai dua orang puteri, Diane dan Sharon; Sharon adalah anak angkat , Walt tetap menganggapnya seperti anak kandung.

Disney1968.jpg

[sunting] Kerjaya

Setelah kembali ke AS, Walt pindah ke Kansas dan bersama Ub Iwerks mendirikan "Iwerks-Disney Commercial Artists". Pada 1922, Walt mendirikan Laugh-O-Grams, Inc. yang menyajikan kartun dari cerita-cerita dongeng. Serial tersebut popular namun tidak mampu menghasilkan keuntungan. Perusahaan tersebut muflis pada 1923 setelah selesai membuat Alice's Wonderland.

Atas undangan Roy, Walt pergi ke Hollywood, California tanpa stafnya namun hanya membawa Alice's Wonderland. Di sana bersama Roy, Walt mendapatkan kontrak untuk Alice Comedies. Virginia Davis sebagai Alice dan Ub Iwerks segera dipanggil ke Hollywood. Alice Comedies berjaya dan berlanjutan sehingga 1927.

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: