Plat tektonik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Plat tektonik adalah segmen keras kerak bumi yang disokong oleh bahan leburan yang dikenali sebagai magma di bawahnya. Disebabkan ini maka plat tektonik ini bebas untuk mengelongsor antara satu sama lain. Pergerakan antara plat tektonik ini tidak berlaku secara perlahan-lahan sebaliknya pergeseran antara tanah dan batu yang membentuk sempadan plat tektonik menyebabkan pergeseran itu berlaku tersentak-sentak. Pergerak inilah yang menyebabkan berlakunya gempa bumi.

Tectonics plates (preserved surfaces)

Daratan dan juga dasar lautan akan secara perlahan-lahan dibawa ke arah kedudukan baru apabila plat beralih. Sempadan plat ditandakan melalui lingkaran gempa bumi dan rangkaian gunung berapi.

Memandangkan purata garis lurus bumi ialah 6,378 kilometer, jumlah permukaan bumi ialah lebih kurang 511,200,000 kilometer persegi. Kurang 30 peratus daripada permukaan bumi ialah tanah. 70 peratus daripada permukaan bumi diliputi oleh air.