Plat Pasifik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
██ Plat Pasifik berwarna kuning pucat

Plat Pasifik ialah sebuah plat tektonik lautan yang terletak di bawah Lautan Pasifik. Pada keluasan 103 juta kilometer persegi, Plat Pasifik merupakan plat tektonik yang terbesar. Di hujung timur lautnya ialah sempadan pencapahan dengan Plat Explorer, Plat Juan de Fuca dan Plat Gorda, maka masing-masing terbentuklah Rabung Explorer, Rabung Juan de Fuca dan Rabung Gorda. Di tengah-tengah sisi timurnya ialah sempadan jelmaan dengan Plat Amerika Utara di sepanjang Sesar San Andreas, dan satu sempadan dengan Plat Cocos. Hujung tenggaranya merupakan sempadan pencapahan dengan Plat Nazca yang membentuk Cangkat Pasifik Timur.

Sisi selatannya ialah sempadan pencapahan dengan Plat Antartik yang membentuk Rabung Pasifik-Antartik.

Di sisi barat, plat ini bersempadan dengan Plat Okhotsk di Jurang Kuril-Kamchatka dan Jurang Jepun; membentuk sempadan pertemuan dengan membenam di bawah Plat Laut Filipina untuk membentuk Jurang Mariana; bersempadan jelmaan dengan Plat Caroline, dan bersempadan langgaran dengan Plat Bismarck Utara.


Di barat daya, Plat Pasifik ada sempadan yang kompleks tetapi pokoknya bertemu dengan Plat Indo-Australia, membenam di bawahnya di utara New Zealand untuk membentuk Jurang Tonga dan Jurang Kermadec. Sesar Alpine menandakan sempadan jelmaan antara dua plat ini, dan jauh di selatan lagi, Plat Indo-Australia membenam di bawah Plat Pasifik untuk membentuk Jurang Puysegur. Bahagian selatan Zealandia yang terletak di timur sempadan ini merupakan kepingan kerak benua yang tertua di plat ini.

Sebelah utaranya merupakan sempadan pertemuan yang membenam di bawah Plat Amerika Utara, membentuk Jurang Aleut dan Kepulauan Aleut.

Plat Pasifik ini mengandungi satu tompok panas yang membentuk Kepulauan Hawaii.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]