Plot 20 Julai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keadaan bilik persidangan selepas letupan.

Plot 20 Julai tahun 1944 adalah merujuk kepada satu cubaan yang gagal bagi membunuh Adolf Hitler, pemimpin Nazi Jerman, di dalam markas medan beliau di "Wolf's Lair" berdekatan Rastenburg, Prusia Timur. Plot ini adalah kemuncak usaha oleh kumpulan Penentang Jerman untuk menjatuhkan regim Nazi. Kegagalan kedua-dua usaha pembunuhan dan coup d'état (rampasan kuasa) tentera telah menyebabkan sekurang-kurangnya penangkapan 7,000 orang oleh Gestapo.[1] Berdasarkan rekod Persidangan Führer mengenai Hubungan Tentera Laut, 4,980 orang telah dihukum mati,[2] menyebabkan kemusnahan pergerakan penentang di Jerman.

Pengakhiran pilihan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, satu siri Unsolved History oleh Military Channel telah menayangkan episod yang bertajuk Killing Hitler di mana setiap senario dicipta semula dengan menggunakan bahan letupan sebenar dan patung ujian. Keputusan yang diperolehi menyokong kesimpulan bahawa Hitler mungkin akan terbunuh sekiranya salah satu dari tiga senario ini berlaku.

  • Kedua-dua bom meletup.
  • Mesyuarat berlangsung di dalam kubu Hitler.
  • Beg bimbit tidak dialihkan.

Pegawai yang hadir dalam mesyuarat[sunting | sunting sumber]

Mereka yang tercedera termasuk Hitler, Scherff, von Puttkamer, Borgmann, Bodenschatz, Buhle, Jodl dan Heusinger. Kesemua orang yang menghadiri mesyuarat (kecuali Keitel) mengalami perforated eardrum.

Terbunuh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ William Shirer, The Rise and Fall of the Third Reich, pp 1393
  2. ^ Shirer, Id.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]