Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nazi Jerman)
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional
Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei
Parteiadler der Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (1933–1945).png
Bekas Parti Nasional Jerman
Ideologi politik Nazisme
Akhbar rasmi Völkischer Beobachter
Lihat juga Politik Jerman

Parti-parti politik di Jerman
Pilihanraya di Jerman

Lambang Swastika tentera Nazi.

Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Bahasa Jerman: , atau NSDAP, sering dipanggil Parti Nazi), merupakan sebuah parti politik di Jerman antara 1920 hingga 1945. Sebelum itu parti ini dikenali sebagai Parti Pekerja Jerman atau "The German Workers' Party". Namun atas desakan Hitler untuk memasukkan unsur sosialisme nasional nama parti itu ditukar kepada "Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional" (dalam bahasa Jerman "Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei" atau NSDAP) atau nama popularnya Nazi.

Parti ini diketuai oleh Adolf Hitler dan merupakan parti kerajaan utama sewaktu beliau memerintah negara Jerman. Lambang rasmi Parti Nazi ini adalah Swastika yang berlatarbelakangkan warna merah.

NSDAP Gaue 1926,1928,1933 & 1937

Isi kandungan

[sunting] Sejarah Awal

Adolf Hitler telah menjadi Pengerusi Parti Nazi pada 29 Julai 1921 dan terus memulakan program untuk menjadikan parti ini sebagai sebuah organisasi pemberontak yang radikal. Pada tahun yang sama, beliau telah menubuhkan "Storm Troopers" (atau dalam Jerman Sturmabteilung). Pasukan ini pada mulanya merupakan pasukan penjaga peribadi bagi Hitler, tetapi kemudiannya diperalatkan untuk mengembangkan pengaruh parti Nazi melalui intimidasi, ketakutan dan serangan ganas terhadap parti politik yang lain.

Pada awal penubuhannya, gerakan parti ini terbatas di Munich iaitu ibu negeri Bavaria. Pada 1923, parti ini diharamkan setelah ahlinya gagal dalam percubaan untuk menjatuhkan kerajaan Bavaria di dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai "Beer Hall Putsch". Pemberontakan selama dua hari ini telah ditumpaskan oleh pihak berkuasa Munich dan beberapa ahli Nazi telah terbunuh. Hitler dan para penasihatnya telah disabitkan dengan kesalahan dan dipenjarakan atas tuduhan khianat. Parti Nazi kemudiannya berkubur selama dua tahun iaitu antara 1923 hingga 1925.Hitler telah dipenjarakan di penjara Landsberg di mana dia menggunakan masanya untuk menulis bukunya yang bertajuk Mein Kampf (yang bermaksud perjuanganku), yang menceritakan bagaimana beliau akan kembali semula ke arena politik selepas beliau dibebaskan dari penjara.

[sunting] Kebangkitan Parti Nazi

Hitler dilepaskan daripada penjara selepas 8 bulan dalam tahanan. Pada waktu ini beliau berikrar untuk mendapat kuasa melalui cara yang demokratik dan bukannya dengan keganasan. Beliau mula sedar bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar


Flag of Germany.svg Rencana berkaitan Jerman ini merupakan rencana tunas. Bantulah Wikipedia dengan mengembangkannya.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain