Dungun air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Durian Laut)

Dungun air
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Malvaceae
Genus: Brownlowia
Spesies:
B. tersa
Nama binomial
Brownlowia tersa
(L.) Kosterm.[2]

Dungun air atau durian laut, dengan nama saintifik Brownlowia tersa, ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Malvaceae. Ia ditemukan dari India Timur hingga ke Malesia.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Ia pokok renek dengan ketinggian antara 1.5-2 m. Daunnya lonjong dan bujur, nipis atau seperti kulit (8-12 cm panjang). Bahagian atasnya licin dan berlilin, sementara bahagian bawah hijau-kelabu dan diselitupi dengan bulu-bulu halus bersisik. Daunnya bersilang ganti berputar.[3]

Bunganya kecil (kurang dari 1 cm), muncul pada ketiak atau julai dalam gugusan pada batang sehingga sepanjang 4 cm. Kelopak bunganya merah jambu dan stamennya kuning gebu. Buahnya kecil 1.5 cm dengan kapsul berkayu.[3]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Dungun air suka akan kawasan bercahaya terik di kawasan paya bakau dan sepanjang tebing berlumpur. Ia juga boleh didapati di kawasan berpasir atau selut keras, bersama dengan nipah (Nypa fruticans).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kathiresan, K., Salmo III, S.G., Fernando, E.S., Peras, J.R., Sukardjo, S., Miyagi, T., Ellison, J., Koedam, N.E., Wang, Y., Primavera, J., Jin Eong, O., Wan-Hong Yong, J. & Ngoc Nam, V. (2010). "Brownlowia tersa". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2010: e.T178835A7621783. doi:10.2305/IUCN.UK.2010-2.RLTS.T178835A7621783.en. Dicapai pada 9 Februari 2024.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ a b "Brownlowia tersa". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 19 April 2020.
  3. ^ a b c Dungun air. Wild Singapore