Eudikot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Eudikot
Julat zaman: Usia Kapur Awal - Kini
Primula hortensis, sejenis eudicot
Pengelasan saintifik
Clades

Eudikot atau Eudikotiledon ialah sejenis klad monofiletik (atau kumpulan berkaitan secara evolusi) tumbuhan berbunga yang pernah dipanggil trikolpat atau dikot bukan-Magnoliid oleh penulis terdahulu. Istilah botani ini diperkenalkan pada 1991 oleh ahli botani evolusi James A. Doyle dan ahli paleobotani Carol L. Hotton untuk menekankan pencapahan evolusi kemudian oleh dikotiledon trikolpat daripada dikotiledon awal.[1] Istilah ini bermakna "dikotiledon benar" kerana ia mengandungi majoriti pokok yang dianggap dikotiledon dan memliki ciri dikotiledon. Istilah "eudikot" kemudian telah digunakan secara meluas dalam botani untuk merujuk kepada salah satu klad terbesar angiosperma (mewakili lebih 70% spesies angiosperma), dengan satu lagi ialah monokot. Angiosperma yang lain kadangkala dipanggil angiosperma basal atau paleodikot namun kedua perkataan ini tidak digunakan secara meluas atau tekal kerana tidak merujuk kepada kumpulan monofiletik.

Banyak tumbuhan yang biasa dilihat tergolong dalam eudikot, termasuk pohon makanan, pokok balak dan hiasan. Contohnya seperti anggota keluarga bunga matahari seperti dandelion, kobis dan anggota lain keluarganya, durian, epal, buterkup, mapel dan makadamia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Peter K. Endress (Okt. - Dis 2002). "Morphology and Angiosperm Systematics in the Molecular Era". Botanical Review. Structural Botany in Systematics: A Symposium in Memory of William C. Dickison 68 (4). 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]