Pokok Pisang Kipas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Pisang Kipas
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Zingiberales
Famili: Strelitziaceae
Genus: Ravenala
Spesies: R. madagascariensis


Pokok Pisang Kipas (bahasa Inggeris: Traveller's Palm) merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagascar. Pokok ini digelar sebegini kerana ia berbentuk kipas dan [daun]]nya kelihatan seperti daun pisang. Walaupun pokok ini digelar "Traveller's Palm" dalam bahasa Inggeris, ia sebenarnya bukan pokok palma tetapi tergolong dalam famili pisang. Pokok ini digelar sedemikian dalam bahasa Inggeris kerana pelepahnya menakung air yang boleh diguna sewaktu kecemasan. Air ini juga pernah dijadikan minuman oleh pengembara pada zaman dahulu.

Tingginya Pokok Pisang Kipas 3 meter hingga 9 meter dan batangnya kukuh. Pelepahnya bertindih-tindih dan keluar dari kiri dan kanan batang dengan daun yang mempunyai tetulang. Pokok ini tidak berbunga kecuali di tempat asalnya kerana perbezaan iklim. Sulur tumbuh daripada bahagian pangkal pokok induk. Akarnya jenis merayap. Pokok ini boleh dijadikan tanaman hiasan.


[sunting] Galeri

Pokok Pisang Kipas - Ravenala madagascariensis
Gambar pokok Pisang Kipas dekat.  
Gambar pokok Pisang Kipas dekat.  
Habitus  
Use in urban setting  
Use in garden  
Travellers Palm and flower, India  
Specimen in the Zürich Zoologischer Garten  
Detail of a leaf's structure  
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain