Politeknik Kuching Sarawak
| Ditubuhkan pada | 1987 |
|---|---|
| Pengarah terkini | Pn Clara Ong Guat Leng |
| Timbalan Pengarah (Akademik) | Shamsuria Bt. Mohd. Ariffin |
| Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) | En Jemain bin Entol |
| Lokasi | Kuching, Sarawak |
| Laman web | http://www.poliku.edu.my |
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah politeknik ke-5 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. PKS menawarkan 13 program di peringkat diploma dengan diterajui oleh Tuan Haji Abdul Rahman Bin Khalid sebagai Pengarah.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ditubuhkan pada tahun 1987. Penubuhannya selaras dengan objektif untuk menampung keperluan sumber tenaga kerja terlatih dalam memenuhi aspirasi negara ke arah perindustrian, seterusnya meningkatkan daya saing dalam pasaran dunia. Pada peringkat awal penubuhannya, PKS beroperasi di sebuah bangunan rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching dengan peneraju utamanya Encik Mustapa Bin Mohamed sebagai Pengetua pertama. Perkembangannya diikuti pemilihan kampus tetap oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu di kawasan Lot 88 Matang Land District sebagai kampus tetap PKS dengan keluasan tanah seluas 112 ekar. Terletak kira-kira 23 kilometer dari pusat Bandaraya Kuching serta kedudukannya di Gunung Serapi dan bersebelahan dengan Taman Negara Kubah memberikan satu persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.
Pada peringkat awal pengambilan pertama pelajar iaitu pada Julai 1989, seramai 204 pelajar telah ditawarkan tempat. Kursus-kursus yang ditawarkan pada ketika itu adalah seperti berikut :
- Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan).
- Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan).
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
- Sijil Kejuruteraan Jentera (Am).
- Sijil Penyimpanan Kira.
- Diploma Perakaunan
Misi [sunting]
Menerobos sempadan untuk membina persekitaran pembelajaran transformatif dan kreatif ke arah menjana ekonomi yang dipimpin inovasi.
Visi [sunting]
Penjana utama modal insan inovatif melalui pendidikan dan latihan transformasional bagi memenuhi keperluan tenaga kerja global menjelang 2015.
Jabatan akademik di PKS [sunting]
- Jabatan Kejuruteraan Awam
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik
- Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
- Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
- Jabatan Perdagangan
- Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Jabatan Matematik, Sains & Komputer
- Jabatan Pengajian Am
Program yang ditawarkan di PKS [sunting]
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
- Diploma Ukur Tanah
- Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
- Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)
- Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
- Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
- Diploma Perakaunan
- Diploma Pengajian Perniagaan
Pautan luar [sunting]
- Laman Web Rasmi PKS (http://www.poliku.edu.my/v3/)
- Facebook PKS (http://www.facebook.com/politeknik.kuching.sarawak)
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Politeknik Kuching Sarawak |