Portal:Arab Saudi/Header

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Arab Saudi
Bendera Arab Saudi
Jata negara Arab Saudi
Jata negara Arab Saudi
Peta Arab Saudi dalam Asia.

Kerajaan Arab Saudi (Arab: المملكة العربية السعودية, al-Mamlaka al-ʻArabiyya as-Suʻūdiyya) merupakan negara terbesar di Semenanjung Arab. Ia bersempadan dengan Jordan pada barat laut, Iraq pada utara dan timur laut, Kuwait, Qatar, Bahrain, dan Emiriah Arab Bersatu pada timur, Oman pada tenggara, dan Yaman pada selatan. Teluk Parsi terletak ke timur laut dan Laut Merah ke barat. Ia mempunyai anggaran populasi sebanyak 27.6 juta orang, dan mempunyai keluasan kira-kira 2,150,000 km persegi (830,000 batu persegi).

Kerajaan ini kadangkala dipanggil "Tanah dari Dua Masjid Suci" dalam rujukan kepada Makkah dan Madinah, dua tempat paling suci dalam Islam. Dalam bahasa Inggeris, negara ini paling lazim dirujuk sebagai Arab Saudi. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Abdul-Aziz bin Saud, iaitu usaha dimulakan pada 1902 apabila dia menawan tanah moyang Al-Saud Riyadh, dan berakhir pada 1932 dengan pengisytiharaan, dan pengakuan Kerajaan Arab Saudi.