Madinah al-Munawwarah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam

Madinah atau nama penuhnya Madinah al-Munawwarah (Arab: المدينة المنورة) ialah salah sebuah kota yang terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi. Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.

Masjid pertama yang dibina umat Islam juga terletak di Madinah iaitu Masjid Quba.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Mahlaeil. Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.

Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.

Penghijrahan dari Makkah ke Madinah[sunting | sunting sumber]

Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah. Ramai orientalis Barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Akan tetapi penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraisy Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.

Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadis, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Bani Qainuka'a, Bani Nadhir dan Bani Quraizah). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah dan pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraisy Makkah. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.

Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.

Perang Makkah-Madinah[sunting | sunting sumber]

Selepas masyarakat Islam bertapak kuat di Madinah, kaum Quraish Makkah mula berasa terancam dengan kuasa baru ini. Pada tahun 627 masihi, tentera Makkah di bawah pimpinan Abu Sufyan menyerang Madinah. Abu Sufyan dikatakan meminta pertolongan Banu Qurayza salah sebuah suku Yahudi untuk menolong mereka menewaskan orang Muslim. Menurut Sahih Bukhari, pertolongan Banu Qurayza terhadap Abu Sufyan telah melanggar perjanjian yang terdapat di dalam Piagam Madinah. Oleh kerana itu semua orang lelaki kaum itu dihukum bunuh setelah pengadilan dijalankan oleh Saad ibni Muadh.

Pada tahun kesepuluh Hijrah, Madinah menjadi sebuah tempat di mana umat Islam diserang atau menyerang musuh. Sehinggalah baginda berjaya membuka kota Makkah tanpa menumpahkan walaupun setitik darah. Walaupun selepas tertubuhnya Khulafa al-Rasyidin, Madinah terus menjadi ibu kota kerajaan Islam.

Madinah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.[sunting | sunting sumber]

Kedudukan Madinah, Makkah, dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.

Di bawah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, empayar Islam berkembang dengan pantas sehinggakan tentera Islam berjaya menakluk kota-kota yang penting seperti Damsyik, Baitulmuqaddis, Iskandariah, dan Baghdad. Selepas kematian khalifah keempat Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Ali bin Abi Talib, Muawiyyah yang pada ketika itu merupakan gabenor Damsyik mengubah pusat pemerintahan kerajaan Islam ke Damsyik. Beliau kemudiannya menubuhkan dan mengasaskan Kerajaan Ummaiyyah. Kota Madinah kemudiannya hanya menjadi pusat keagamaan sahaja daripada menjadi pusat politik.

Pada tahun 1924, Madinah yang sudah lama berada di bawah kekuasaan Uthmaniyyah jatuh ke tangan Ibnu Saud yang kemudiannya menjadi Raja Arab Saudi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan pilihan[sunting | sunting sumber]