Portal:Habsyah/Pengenalan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bendera Habsyah
Bendera Habsyah
Jata negara Habsyah
Jata negara Habsyah
Peta Habsyah dalam Afrika.

Habsyah (daripada bahasa Arab: الحبشة) atau Ethiopia (Tulisan Jawi: ايثوڤيا) merupakan sebuah negara yang terletak di kawasan Tanduk Afrika dan tergolong dalam negara-negara tertua di dunia. Kawasan Ethiopia juga merupakan antara tapak tamadun yang terawal di dunia. Kerajaan Ethiopa pertama dibentuk sekitar tahun 980 S.M. dan menerima agama Kristian pada abad ke-4 M. Kini, Ethiopia merupakan negara berbentuk republik dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti kerjasama antarabangsa. Ibu negaranya, Addis Ababa merupakan pusat pentadbiran Kesatuan Afrika (AU).