Portal:Islam/Intro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al-Quran - kitab suci umat Islam
Al-Quran - kitab suci umat Islam

Mengenai audio iniIslam  (bahasa Arab: الإسلام al- islām) ialah agama yang kedua terbesar di dunia. Perkataan 'Islam' berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud "tunduk, dan patuh", serta "selamat, sejahtera, dan damai". Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Pengikut-pengikut Islam, dikenali sebagai orang Muslim (daripada perkataan Arab, muslimeen, yang bermaksud "seseorang yang telah berserah kepada Allah") mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. (570 - 632 M) diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu, dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk umat baginda. Orang Muslim mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Ajarannya kepada manusia akan berlanjutan sehingga Hari Kiamat.

Dalam Islam terdapat dua kumpulan fahaman utama, iaitu Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah, dan dalam Islam ada Rukun Iman dan Rukun Islam yang menjadi teras amalan Mukmin.