Portal:Jepun/Gambar pilihan/2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Askar Jepun melintasi Jambatan Guillemard yang telah dirobohkan oleh Tentera British.
Askar Jepun melintasi Jambatan Guillemard yang telah dirobohkan oleh Tentera British.
Kredit:

Jambatan Guillemard merupakan sebuah jambatan keretapi yang mana kebanyakan strukturnya dibina dengan menggunakan besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah, Kelantan. Jambatan Guillemard mula dibina pada tahun 1920, dan pembinaan jambatan ini diselesaikan pada bulan Julai 1924. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi yang terpanjang di Malaysia. Gambar menunjukkan askar-askar Jepun sedang menyeberanginya dalam kemaraan mereka ke Kuala Krai.