Machang
Koordinat: 5°45′39″U 102°12′57″T / 5.7608°U 102.2158°T
| Machang | |
| Koordinat: 5°45′39″U 102°12′57″T / 5.76083°U 102.21583°T | |
| Negara | |
|---|---|
| Negeri | |
| Luas | |
| - Jumlah | 203.9 batu persegi (528.21 km²) |
| Penduduk (2005) | |
| - Jumlah | 82,653 |
| Zon waktu | MST (UTC+8) |
| Poskod | |
| Kod kawasan | 09 |
Machang (bahasa Arab: ماجغ, bahasa Thai, มาจัง) merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang. Machang mempunyai lebih kurang 82,653 orang penduduk (tahun 2005). Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.
Terdapat 6 daerah di Machang iaitu Labok, Pulai Chondong, Panyit, Pangkal Meleret, Ulu Sat, dan Temangan. Jumlah mukim di Machang ialah 30.
Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.
Antara tarikan sejarah di sini ialah Menara Masjid Pulai Condong. Salah satu kampus cawangan Universiti Teknologi MARA juga bertempat di Machang.
Isi kandungan |
[sunting] Tempat Menarik
Antara tempat menarik di Daerah Machang yang sering dikunjungi oleh orang ramai ialah kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok, Jeram Linang dan Taman Rekreasi Bukit Bakar.
[sunting] Sekolah
Sekolah menengah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad
- Sekolah Menengah Kebangsaan Machang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 1
- Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah 2
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Intan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Temangan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkal Meleret
- Sekolah Menengah Sains Machang
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang
- Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat
Sekolah rendah
- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pei Hwa
- Sekolah Kebangsaan Dewan Besar
- Sekolah Kebangsaan Labok
- Sekolah Kebangsaan Tok Bok
- Sekolah Kebangsaan Machang 1
- Sekolah Kebangsaan Machang 2
- Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong
- Sekolah Kebangsaan Pangkal Gong
- Sekolah Kebangsaan Kampung Pek
- Sekolah Kebangsaan Temangan
- Sekolah Kebangsaan Ayer Merah
- Sekolah Kebangsaan Hamzah 1
- Sekolah Kebangsaan Hamzah 2
- Sekolah Kebangsaan Bukit Tiu
- Sekolah Kebangsaan Belukar
- Sekolah Kebangsaan Bandar
- Sekolah Kebangsaan Pak Roman
[sunting] Kemudahan awam
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
|
|||||||||||