Portal:Kanada/Rencana pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Latar langit Bandaraya Montreal

Montreal (مونتريال) (Perancis: Montréal (Mengenai bunyi ini dengar ) adalah bandar kedua terbesar di Kanada selepas Toronto dan bandar terbesar di negeri Quebec. Dahulunya bandar raya ini digelar sebagai "Ville-Marie" atau "Bandar Mary". Bandar raya ini mendapat nama yang terkini dari Mont-Royal iaitu sebuah bukit berpuncak tiga di tengah-tengah bandar yang namanya juga mula-mula diberikan kepada pulau di mana bandar ini terletak atau Mont Réal seperti yang dieja dalam Bahasa Perancis Tengah (Mont Royal dalam bahasa Perancis kini).

Bahasa rasmi bagi bandar raya ini ialah bahasa Perancis dan ia dituturkan sebanyak 59.8% daripada populasi Montreal dan diikuti dengan bahasa Inggeris sebanyak 19.4% (seperti bancian 2006). Dalam Kawasan Metropolitan Bancian Montreal (CMA), 67.9% peratus penduduk bertutur dalam bahasa Perancis di rumah berbanding dengan bahasa Inggeris sebanyak 16.5%. Lebih separuh penduduk Montreal boleh bertutur dalam kedua-dua bahasa itu. Pada dasarnya, Montreal merupakan bandar berbahasa Perancis kedua terbesar di dunia selepas Paris.

ArkibSelanjutnya...