Postulat Koch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Heinrich Hermann Robert Koch (11 Disember 1843 – 27 May 1910) merupakan seorang doktor Jerman yang memajukan postulat Koch.[1]

Postulat Koch ([ˈkɔx]) ialah empat kriteria direka untuk mengasaskan perhubungan bersebab antara mikrob dengan penyakit. Postulat-postulat ini dirumuskan oleh Robert Koch dan Friedrich Loeffler pada 1884, berdasarkan konsep lebih awal diperihalkan oleh Jakob Henle,[2] dan ditapis dan diterbitkan oleh Koch pada 1890. Koch menggunakan postulat-postulat ini untuk memerihalkan etiologi kolera dan tuberkulosis, tetapi diitlakkan secara kontroversial terhadap penyakit lain. Postulat-postulat ini dijana sebelum pemahaman konsep moden dalam patogenesis mikrob yang tidak boleh diperiksa menggunakan postulat Koch, termasuk virus (yang merupakan parasti sel obligat) atau pembawa asimptomatik. Postulat ini kebanyakannya diambil alih oleh kriteria lain seperti kriteria Bradford Hill untuk kebersebaban penyakit berjangkit dalam kesihatan awam moden. Postulat Koch telah digunakan secara kontroversial untuk menyimpulkan bahawa HIV tidak menyebabkan AIDS[3] (menyokong penafian HIV/AIDS) dan bahawa onkovirus tidak menyebabkan barah.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Koch, R. (1876). "Untersuchungen über Bakterien: V. Die Ätiologie der Milzbrand-Krankheit, begründet auf die Entwicklungsgeschichte des Bacillus anthracis [Investigations into bacteria: V. The etiology of anthrax, based on the ontogenesis of Bacillus anthracis]" (dalam bahasa Jerman). Cohns Beitrage zur Biologie der Pflanzen 2 (2): 277–310. http://edoc.rki.de/documents/rk/508-5-26/PDF/5-26.pdf. 
  2. Evans AS (Oktober 1978). "Causation and disease: a chronological journey. The Thomas Parran Lecture". American Journal of Epidemiology 108 (4): 249–58. PMID 727194. http://aje.oxfordjournals.org/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=727194. 
  3. Weiss, Robin A.; Jaffe, Harold W. (1990). "Duesberg, HIV and AIDS". Nature 345 (6277): 659. Bibcode 1990Natur.345..659W. doi:10.1038/345659a0. PMID 2163025. 
  4. Moore, Patrick S.; Chang, Yuan (2013). "The conundrum of causality in tumor virology: The cases of KSHV and MCV". Seminars in Cancer Biology. doi:10.1016/j.semcancer.2013.11.001. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]