Potret Maria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Potret Maria
PengarahYassin Salleh
Lakon layarOsman Abadi
Cerita olehOsman Abadi
DibintangiDicky Zulkarnaen
Sarimah Ahmad
Rubiah Suparman
Zulkifli Zain
Neng Yatimah
Sidek Hussain
Tarikh tayangan
1980
Masa tayangan
100 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Potret Maria merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1980. Filem Potret Maria diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Potret Maria mula ditayangkan pada 1980 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Dicky Zulkarnaen, Sarimah Ahmad, Rubiah Suparman, Zulkifli Zain, Sidek Hussain, Neng Yatimah dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Potret Maria diarah oleh pengarah Yassin Salleh pada 1980.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Johan dan Maria telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Maria bercadang ingin mengambil anak angkat tetapi tidak dipersetujui oleh Johan.

Johan mula membuat hubungan dengan Seri gadis kampung yang bekerja di pejabatnya. Mereka bercadang untuk berkahwin. Pada masa yang sama, Seri mempunyai hubungan istimewa dengan Benyamin

Benyamin mula berasa cemburu melihat keakraban Seri dengan Johan. Orang kampung juga sudah mula membawa mulut kepada Ibu Seri yang mengatakan Ibu Seri sebagai ibu ayam dan Seri seorang perosak rumah tangga orang lain

Akibat tidak dapat menahan cemuhan dan hinaan orang kampung, Ibu Seri menyuruh anaknya berhenti kerja. Hubungan Seri dan Benyamin juga semakin renggang kerana Benyamin terpaksa berpindah kerja ke Ipoh.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

  • Neng Yatimah sebagai Kiah@Ibu Seri
  • Sidek Hussain sebagai Jamal
  • Rokiah Shafie sebagai Ibu Jamal
  • Ahmad B sebagai Ayah Johan
  • Rohaya Rahman sebagai Milah
  • Hasnah Ibrahim sebagai Bedah
  • Zahari Zabidi sebagai Robert
  • Mustaffa Sutan sebagai Penjahat

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Ibrahim Bachik - Lagu Tema Potret Maria

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]