Neng Yatimah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Neng Yatimah
Neng Yatimah.jpg
Kelahiran Yatimah Ahmad
1924 (umur 89–90)
Singapura Singapura
Pekerjaan Pelakon
Pasangan Jasni Ahmad (1968–-)
Anak Roseyatimah
Ibu bapa Ahmad

Yatimah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Neng Yatimah merupakan seorang seniwati filem etnik Melayu tahun 1950-an dan 1960-an yang terkenal. Beliau terkenal dengan peranan sebagai seorang pelakon air mata.[1] Anak Neng Yatimah, Rosnah Jasni, turut mengikut jejak beliau dan terbabit dalam bidang seni menerusi filem Pendekar Bujang Lapok pada 1959 dan diberikan nama komersial Roseyatimah.

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Dalam satu temuramah dengan sebuah akhbar Singapura, Neng Yatimah memberitahu bahawa tentang cita-cita asal beliau adalah sebagai seorang guru, tetapi ayahnya hanya membenarkan beliau bersekolah setakat darjah lima di Sekolah Perempuan Melayu Rochore, Singapura, lantas cita-citanya dipendam begitu saja.

Yatimah kemudiannya rapat dengan penyanyi Jasni Ahmad, tetapi tidak begitu disenangi oleh bapanya. Semasa perperangan Jepun, Yatimah nyaris menjadi mangsa kekejaman Jepun tetapi telah diselamatkan oleh Jasni Ahmad. Peristiwa dan keberanian yang ditunjukkan oleh Jasni melembutkan hati bapa Yatimah dan membenarkan Yatimah mendirikan rumahtangga ketika berusia 14 tahun.

Neng Yatimah mula terjun dalam bidang lakunan ketika berusia 19 tahun, dibabit dengan rasa kagumnya kepada lakonan primadona Siput Sarawak yang pada zamannya dianggap mempunyai pengaruh besar.

Penglibatan dan Kerjaya Seni[sunting | sunting sumber]

Pembabitan Yatimah Ahmad kedalam bidang seni berlaku secara tidak sengaja. Ketika itu, Yatimah berkunjung ke Studio Malay Film Production untuk melihat Siput Sarawak berlakon. Kehadirannya disedari A. R. Tompel yang kemudian mempelawanya untuk berlakon. Selepas diizinkan suaminya, beliau menerima pelawaan menjalani uji bakat di depan pengarah L. Krishnan.

Mak Neng berjaya melepasi ujian itu lalu ditawarkan berlakon dalam filem Takdir Ilahi dengan memegang watak utama. Sebelum berlakon, beliau meluahkan perasaannya bahawa dirinya tidak secantik pelakon lain.

Jawapan pengarah L. Krishnan Cantik tak apa, tak cantik pun tak apa. Tapi manis mesti ada telah didengari oleh P. Ramlee dan digunakan sebagai dialog dalam salah satu filem arahannya. Walaupun nama sebenarnya adalah Yatimah Ahmad, nama itu tenggelam apabila seniman agung P. Ramlee memberikan nama Neng Yatimah kepadanya bagi menggantikan gelaran buntat sebelumnya.

Mogok[sunting | sunting sumber]

Dalam buku "P. Ramlee Erti Yang Sakti", diceritakan Neng Yatimah pada 29 Disember 1959 menerima notis untuk menamatkan perkhidmatannya dari Shaw's MFP Studio secara mengejut. Ini turut dialami oleh beberapa orang pelakon lain seperti S. Kadarisman, Musalmah dan S. Hassan Sahab. Oleh kerana tidak berpuas hati, dia telah mengemukakan perkara ini kepada pihak PERSAMA dan hal itu berpanjangan sehingga berlaku mogok di studio itu pada tahun 1960. Sebagai Presiden Persatuan Artis Se-Malaya (PERSAMA), P. Ramlee meminta bantuan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj campur tangan, di mana almarhum Tunku menghantar wakilnya ke studio itu untuk berbincang dengan pengurusan studio itu dan P. Ramlee sendiri. Perbincangan itu berjaya dan semua artis yang dibuang kerja itu diambil semula.

Tidak lama selepas itu, Neng Yatimah berhenti sendiri dari Shaw's MFP Studio dan berhijrah ke Cathay Keris. Manakala Musalmah menyertai Studio Merdeka yang baru ditubuhkan di Kuala Lumpur, sebelum bersara terus dari dunia seni.

Filem Lakonan[sunting | sunting sumber]

Diantara filem lakonan Yatimah Ahmad adalah:-

Pencapaian[sunting | sunting sumber]


Sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Neng Yatimah pernah merakamkan rekod lagu Asmara Terkenang (Pathe PTH 29) dangan menggunakan nama Neng Buntat.
  • Sebagai ahli SENIMAN Neng Yatimah juga menggunakan nama Buntat binte Ahmad (ahli no. 1935).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "ROSEYATIMAH - Karier Bermula & Berakhir Di Tangan P. Ramlee". Nostalgia. Cinema Malaysia. 09 Mar 2007. Diperolehi pada 24 Februari 2014.