Pulau Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Tinggi ialah sebuah pulau peranginan berbentuk bujur yang terletak kira-kira 20 batu nautika (37 kilometer) dari selatan tenggara Mersing di pantai timur Johor, Malaysia. Pulau Tinggi terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Rawa dan Pulau Sibu. Pada zaman dahulu, pulau ini digelar sebagai Pulau Topi Jeneral ("General's Hat Island") oleh kelasi Cina.

Pulau Tinggi mempunyai 448 penduduk pada tahun 2001 dan merupakan jumlah penduduk yang terbesar di kalangan pulau-pulau timur negeri Johor. Penduduknya menetap di Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang, and Kampung Sebirah Besar.

Pulau Tinggi mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Perjalanan ke Pulau Tinggi dari Mersing memakan masa 45 minit. Pedalaman pulau diselaputi oleh hutan pamah dipterokarpa. Titik tertinggi pulau ini ialah 2,000 kaki (600 meter) dari aras laut. Pulau Tinggi kaya dengan buah-buahan, rotan, kayu balak serta gua-gua dan terumbu karang yang mengandungi banyak hidupan laut. Ia juga mempunyai sebuah pelabuhan perlindungan di garis lautnya yang panjang.

Sebagai pulau peranginan, Pulau Tinggi mempunyai banyak rumah penginapan dan chalet. Pantai terutama untuk peminat snorkel dan selam skuba ialah Tanjung Balang dan Sebirah Besar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]