Pulau Yeonpyeong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 37°40′0″U 125°41′47″T / 37.666667°U 125.69639°T / 37.666667; 125.69639

Pulau Yeonpyeong
Peta Kepulauan Yeonpyeong dan pusat kependudukan pentingnya
Nama Korea
Hangul 연평도
Hanja 延坪島
Perumian Semakan Yeonpyeongdo
McCune–Reischauer Yŏnpyŏngdo
Kepulauan Barat di Korea Selatan. Pulau Yeonpyeong ditandakan "3" di atas peta.

Pulau Yeonpyeong atau Yeonpyeongdo (Sebutan bahasa Korea: [jʌnpʰjʌŋdo]) adalah sebuah gugusan kepulauan di Laut Kuning, Korea Selatan. Ia terletak kira-kira 80 km (50 bt) ke arah barat Incheon dan 12 km (7.5 bt) ke selatan pantai wilayah Hwanghae, Korea Utara. Pulau utama di dalam gugusan kepulauan ini adalah Daeyeonpyeongdo ("Pulau Yeonpyeong Besar"), juga secara mudahnya dirujuk sebagai Pulau Yeonpyeong, dengan keluasan 7.01 km2 (2.71 batu²) dan penduduk sekitar 1,300 orang. Pusat kediaman utama adalah Yeonpyeong-ri, di mana jeti feri terletak. Pulau lain yang didiami adalah Soyeonpyeongdo ("Pulau Yeonpyeong Kecil") dengan sedikit penduduk dan berkeluasan 0.24 km2 (0.093 batu²). Beberapa buah pulau kecil lain yang selebihnya membentuk gugusan ini.[1]

Kumpulan pulau ini membentuk Yeonpyeong-myeon, sebuah divisyen kecil di Kaunti Ongjin, Incheon, Korea Selatan.

Pulau Yeonpyeong Island terkenal dengan kumouuri, satu ketam bercili yang istimewa.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]