Anugerah Juara Lagu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anugerah Juara Lagu
Logo AJL.svg
Logo Anugerah Juara Lagu
Genre Muzik
Pencipta Datuk Ahmad Merican
Negara asal Bendera Malaysia Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia
Bilangan musim 25
Penerbitan
Tempoh siaran kira-kira 2½ jam
Penyiaran
Saluran asal TV3

Anugerah Juara Lagu (AJL) atau hanya dipanggil Juara Lagu merupakan sebuah rancangan pertandingan yang diterbitkan oleh TV3 yang membariskan lagu-lagu terbaik tahunan untuk dipilih oleh juri profesional sebagai lagu terbaik tahunan.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah dan latar belakang

Pada asasnya, Juara Lagu diperkenalkan sebagai rancangan yang mempunyai format penerbitan yang mudah agar senang difahami dan diikuti penonton. Anugerah Juara Lagu bermula pada tahun 1986 dan telah berjaya menambat hati ramai penonton buat bertahun-tahun. Datuk Ahmad Merican yang ketika itu Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik yang mula disiarkan pada hari Ahad, 2 Mac 1986 pukul 8.30 malam. Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik-Muzik itulah yang akan dibawa dan disaringkan ke peringkat seterusnya.

Pada tahun-tahun awal Juara Lagu, peserta pertandingan akhir disaring daripada juara bulanan. Pada peringkat awal penganjuran juga, orang awam turut membuat pencalonan dan pemilihan menerusi akhbar harian tempatan. Sehingga tahun 1991, setiap juara bulanan layak disaringkan ke peringkat akhir. Mulai 1992, format Juara Lagu telah diubah dengan banyaknya apabila memperkenalkan kategori dengan tujuan menggalakkan penyertaan daripada genre seperti irama tradisional dan balada kerana genre rock yang banyak mendominasi ketika itu. Walau bagaimanapun, ketika tahun 2004, kategori dihapuskan bagi membolehkan semua lagu bertanding secara adil dan saksama.

Bagaimanapun, tahun demi tahun, perubahan tetap dilakukan ke atas format rancangan hinggalah sistem carta mingguan. Carta 20 diperkenalkan seperti digunakan oleh Muzik Muzik sekarang. Format carta ini memberi peluang kepada lagu-lagu baru untuk memasuki carta pada setiap minggu. Lagu-lagu yang berjaya disaringkan akan dibawa ke peringkat separuh akhir untuk memilih 12 buah lagu yang akan dipertandingkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai "Juara Lagu".

Anugerah Juara Lagu diadakan sama ada pada hujung tahun tersebut atau pada awal tahun berikutannya. Lokasi AJL yang menjadi gelanggang kepada artis dan penggubah tanah air beradu bakat pernah diadakan di Dewan San Choo di Wisma MCA; Auditorium Besar Angkasapuri RTM; Sri Pentas Dua; Dewan Bandaraya Shah Alam; Dewan Merdeka, PWTC; dan Stadium Putra Bukit Jalil.

Juara Lagu juga pernah menjemput juri-juri profesional tempatan dan antarabangsa dari Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun untuk mengadili pertandingan akhir. Penilaian tertumpu kepada melodi, lirik dan persembahan artis.

[sunting] Pengacara

Anugerah Juara Lagu pernah diacarakan oleh pelbagai hos terkemuka tempatan dan luar. Pengacara-pengacara tersebut adakala digandingkan juga dengan hos kecil lain. Kebanyakan pengacara Anugerah Juara Lagu juga adalah hos bagi rancangan Muzik-Muzik.

[sunting] Juara-juara lagu

  • 2002:
    • Tajuk: "Keliru"
    • Artis: Nurul & Ajai
    • Gubahan: Aidit Alfian
    • Lirik: Aidit Alfian
    • Album: Ajai & Nurul (2002)
  • 2009:
    • Tajuk: "Pergi"
    • Artis: Aizat
    • Gubahan: Pete Teo
    • Lirik: Pete Teo & Amran Omar
    • Album: Runut bunyi filem Talentime (2009)

Petunjuk:
Tajuk = Tajuk lagu
Gubahan = Pencipta/Penggubah lagu
Lirik = Penulis lirik
Artis = Penyanyi
Album = Album yang menerbitkan lagu tersebut

[sunting] Kategori Khas

[sunting] Persembahan Terbaik

[sunting] Lirik Terbaik

  • 1986: Sekadar di Pinggiran (Lukhman S.)
  • 1987: Menaruh Harapan (Habsah Hassan)
  • 1988: Cukuplah Sekali (Habsah Hassan)
  • 1989: Isabella (Bob Lokman)
  • 1990: Suci Dalam Debu (S. Amin Shahab)
  • 1991: Tiara (M. Nasir)
  • 1992: Pada Syurga Di Wajahmu (S. Amin Shahab)

Mulai tahun 1993, kategori ini tidak dipertandingkan secara berasingan tetapi dikira sekali dalam penciptaan sebuah lagu.

[sunting] Vokal Terbaik

Kategori ini mula dipertandingkan pada tahun 2002 iaitu pada Anugerah Juara Lagu ke-17

[sunting] Trivia

[sunting] Kemenangan dan penyertaan berganda

  • Satu satunya keputusan yang sama untuk Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik bagi kategori Lagu Terbaik keseluruhan adalah menerusi lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza (Dato') pada tahun 1996. Sehingga kini, belum ada yang dapat menandingi keputusan tersebut walaupun Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain hampir mencatat rekod treble untuk AJL, AIM dan FFM.
  • M. Nasir menjadi komposer pertama yang memenangi AJL sebanyak empat kali iaitu menerusi lagu "Tanya Sama Itu Hud Hud" (1994), "Ghazal Untuk Rabiah" (1997), "Andalusia" (1999) dan "Awan Nano" (2011)
  • Tiga artis pernah memenangi Juara Lagu sebagai penggubah, penulis lirik dan penyanyi, iaitu M. Nasir menerusi lagu "Andalusia" pada tahun 1999, Yassin bagi lagu "Mimpi Laila" pada tahun 2001, dan Ana Raffali bagi lagu "Tolong Ingatkan Aku" pada tahun 2010
  • Ana Raffali merupakan komposer wanita pertama yang memenangi anugerah utama pada 2010 (Tolong Ingatkan Aku), manakala Habsah Hassan merupakan penulis lirik wanita pertama memenangi anugerah tersebut pada tahun 1987 (Menaruh Harapan).
  • Misha Omar merupakan penyanyi pertama yang memenangi anugerah utama menerusi lagu debut yang dirakamkannya. Lagu Bunga-bunga Cinta yang dirakamkan pada tahun 2002 merupakan lagu rakaman pertama Misha dan memenangi AJL pada tahun 2003. Manakala lagu Jerat Percintaan nyanyian Siti Nurhaliza bukanlah lagu pertama yang dirakamkan beliau biarpun dipetik daripada album debut penyanyi tersebut.
  • Sehingga tahun 2008 dimana tahun selepasnya penyertaan kategori dibubarkan, hanya Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah yang pernah menyertai AJL dalam kesemua kategori. Siti menyertai semua kategori silih berganti sejak tahun 1998 manakala Dayang menyertai kategori Pop Rock pada tahun 2001 selain memenangi kategori Balada pada tahun tersebut. Pada tahun 2004, Dayang memenangi kategori Etnik Kreatif.
  • Datuk Siti Nurhaliza merupakan satu-satu penyanyi yang pernah memenangi ketiga-tiga kategori dalam tahun yang berlainan, mendapat persembahan terbaik dalam semua kategori bagi lagu "Jerat Percintaan" (1996), "Aku Cinta Padamu" (1997), "Ya Maulai" (2001), "Nirmala" (2002), "Ku Milikmu" (2003) dan memenangi keseluruhan Juara Lagu untuk kategori balada dan irama Malaysia tetapi tidak bagi pop rock. Beliau juga merupakan artis paling kerap layak ke AJL (selepas Rohana Jalil) bermula dari 1996 sehingga 2003 malah Siti mengungguli rekod dengan layak ke AJL bagi 8 tahun berturut-turut. Bilangan lagu yang dinyanyikan Siti Nurhaliza juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 18 buah lagu bagi 9 tahun (1996 hingga 2003, dan 2007).
  • 23 buah lagu beliau berjaya ke peringkat separuh akhir
  • 18 buah lagu beliau berjaya ke peringkat akhir
  • 17 trofi telah beliau menangi
    • 5 Trofi Persembahan Terbaik
    • 9 Trofi Juara Kategori (4 balada, 4 irama Malaysia/etnik kreatif, 1 pop rock)
    • 3 Trofi Juara Lagu
  • 8 tahun berturut-turut menyertai peringkat akhir
    • 7 tahun berturut-turut penyertaan lagu balada ke peringkat akhir. (1996-2002)
    • 5 tahun berturut-turut penyertaan lagu irama Malaysia/etnik kreatif ke peringkat akhir. (1998-2002)
    • 4 tahun berturut-turut penyertaan 3 buah lagu ke peringkat akhir. (1998-2001)
    • 5 tahun tidak secara berturut-turut penyertaan lagu pop rock ke peringkat akhir. (1998-1999, 2001, 2003, 2007)
  • Satu satunya kategori yang belum pernah Datuk Siti Nurhaliza menangi adalah Vokal Terbaik sejak dipertandingkan pada tahun 2003.
  • Misha Omar dan Hafiz merupakan peserta yang memenangi anugerah Vokal Terbaik lebih daripada dua kali menerusi penyertaannya pada tahun 2003 dan 2004 (Misha) manakala Hafiz pada tahun 2010 dan 2011.
  • Antara artis yang menang besar bagi sebuah lagu termasuk juara keseluruhan dalam Anugerah Juara Lagu adalah:
  • 1988 - Ramlah Ram (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku"
  • 1989 - Kumpulan Search (Juara Lagu & Persembahan Terbaik) : "Isabella"
  • 1993 - Fauziah Latiff (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Teratai Layu di Tasik Madu"
  • 1994 - M. Nasir (Juara lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik) : "Tanya Sama Itu Hud-hud"
  • 1995 - Aishah (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Cinta Beralih Arah"
  • 1996 - Siti Nurhaliza (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Persembahan Terbaik ) : "Jerat Percintaan"
  • 2003 - Misha Omar (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Bunga-Bunga Cinta"
  • 2006 - Adibah Noor (Juara Lagu termasuk Juara Kategori & Vokal Terbaik) : "Terlalu Istimewa"
  • Artis yang menang lebih daripada 2 anugerah pada satu Anugerah Juara Lagu:
  • 1989 - Search - Persembahan Terbaik, Lirik Terbaik (Bob Lokman) & Juara Lagu "Isabella"
  • 1993 - Fauziah Latiff - Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada, Juara Lagu "Teratai Layu Di Tasik Madu"
  • 1994 - M. Nasir - Persembahan Terbaik, Juara Kategori Pop/Rock, Juara Lagu bagi lagu "Tanya Sama Itu Hud-Hud" & Juara Kategori Etnik Kreatif bagi lagu "Bonda"
  • 1995 - Aishah - Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada & Juara Lagu "Cinta Beralih Arah"
  • 1996 - Siti Nurhaliza - Persembahan Terbaik, Juara Katefori Balada & Juara Lagu "Jerat Percintaan"
  • 2000 - Siti Nurhaliza - Juara Kategori Etnik Kreatif & Juara Lagu bagi lagu "Balqis" & Juara Kategori Balada bagi lagu "Kau Kekasihku"
  • 2003 - Misha Omar - Vokal Terbaik, Juara Kategori Balada & Juara Lagu "Bunga-Bunga Cinta"
  • 2006 - Adibah Noor - Vokal Terbaik, Juara Kategori Balada & Juara Lagu "Terlalu Istimewa"
  • 2008 - Faizal Tahir - Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik & Juara Kategori Balada "Sampai Syurga"
  • Antara artis yang pernah layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu dengan 2 lagu dalam satu kategori secara solo ialah:
  • Kumpulan Exist merupakan kumpulan muzik yang paling kerap ke pusingan akhir Juara Lagu dengan 4 kali penyertaan:
  1. 1992 - "Untukmu Ibu" dengan vokalis Mamat
  2. 1994 - "Anugerah" dengan vokalis Mamat.
  3. 2002 - "Julia" dengan vokalis Ezzad.
  4. 2003 - "Percayakan Siti" dengan vokalis Ezzad.
  • Penulis lirik tersohor, Habsah Hassan merupakan penulis lirik yang paling banyak dicalonkan dalam sejarah AJL. Beliau memenangi kategori lirik terbaik sebanyak dua kali menerusi lagu "Menaruh Harapan" (1987) dan "Cukuplah Sekali" (1988).

[sunting] Penyertaan lebih tiga kali tetapi gagal

  • Kumpulan Exist - 4 Kali (1992,1994,2002,2003)
  • Anuar Zain - 3 Kali (1998,2003,2004)
  • Erra Fazira - 3 Kali (1999,2000,2004)
  • Syura - 3 kali (2002,2004,2006)
  • Stacy - 3 kali (2008, 2009, 2010)
  • Noh Salleh (Hujan) - 3 kali (2 kali bersama Hujan: 2009, 2010) dan sekali bersama API : 2010)

[sunting] Penyertaan bukan Melayu dan luar negara

  • Endang Es Taurina, seorang penyanyi Indonesia, merupakan satu-satunya penyanyi luar negara yang pernah bertanding di peringkat akhir Juara Lagu melalui lagu "Sangkar Emas" ciptaan A. Ali dan Lukhman S. pada tahun 1990. Manakala Krisdayanti pula pernah mara ke peringkat separuh akhir Balada pada tahun 2000 menerusi lagu "Jangan Biarkan" ciptaan Johan Nawawi, namun tewas.
  • M. Nasir mula bertanding dalam Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu "Mustika". Sebelum itu, banyak lagu M. Nasir yang dinyanyikan secara berkumpulan ataupun solo tidak dapat bertanding kerana status kerakyatan Singapura beliau. Beliau juga satu-satunya penggubah lagu yang menyanyikan lagunya sendiri dalam ketiga-tiga kategori berasingan, solo mahupun berduet.
  • Lagu "Puteri Ledang" nyanyian Lina Kamsan pada tahun 1993 dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Jawa.

[sunting] Penyertaan bukan penyanyi asal

  • Persembahan lagu tidak semestinya dinyanyikan oleh penyanyi asal dalam peringkat akhri Juara Lagu. Sekiranya penyanyi asal tidak boleh menyanyikannya, pencipta lagu perlu mencari pengganti jika tidak mahu menarik diri. Terdapat beberapa lagu yang layak ke peringkat akhir AJL tetapi tidak dinyanyikan oleh penyanyi asal yang antaranya adalah:
  • 1986 - "Perjalananku" - Penyanyi asal Jamal Abdillah - Dinyanyikan Azman Abu Hassan
  • 1986 - "Cinta yang Terbiar" - Penyanyi asal Jamal Abdillah - Dinyanyikan Rohana Jalil
  • 1987 - "Angan-angan" - Penyanyi asal Raja Ema - Dinyanyikan Kumpulan Skyfire
  • 1994 - "Bukan Aku Tak Cinta" - Penyanyi asal Kumpulan Iklim - Dinyanyikan Adilla
  • 1995 - "Kau dan Aku" - Penyanyi asal Ning Baizura - Dinyanyikan Kumpulan Kool
  • 1995 - "Cinta Dangdut" - Penyanyi asal Ayati Tasrip - Dinyanyikan Masleena
  • 2006 - "Candak" - Penyanyi asal Syura - Dinyanyikan Siti Nordiana
  • 2006 - "Hantaran Hati" - Penyanyi asal Rosiah Chik - Dinyanyikan Aspalela Abdullah (duet bersama Bob)
  • 2007 - "Izinku Pergi" - Penyanyi asal Kaer - Dinyanyikan Sahri
  • 2007 - "Mahakarya Cinta" - Penyanyi asal Faizal Tahir - Dinyanyikan Fiq
  • 2007 - "Kasih Tercipta" - Penyanyi asal Faizal Tahir - Dinyanyikan Bob
  • 2007 - "Ceritera Cinta" - Penyanyi asal Jaclyn Victor & Rio Febrian - Dinyanyikan Jaclyn Victor & Lah Ahmad
  • 2008 - "Doa Dalam Lagu" - Penyanyi asal Mawi & Heliza - Dinyanyikan oleh Zahid & Heliza
  • 2011 - "Sedetik Lebih" - Penyanyi asal Anuar Zain - Dinyanyikan oleh Jaclyn Victor

[sunting] Persembahan

  • Aznil Nawawi bersama kumpulan yang digelar "The Gambit" pernah mengembalikan imbauan AJL dalam persembahan selingan AJL ke-10 dengan menunjukkan bagaimana dia merosakkan persembahan lagu-lagu AJL yang terbaik. Antaranya adalah dari persembahan "Janji Manismu". Aznil merampas beg daripada "Aishah" dan mengeluarkan benda dari dalam beg tersebut dan benda itu adalah barang dapur seperti kuali, lesung batu dan mesin pengisar!
  • Terdapat tiga persembahan selingan yang mara ke Juara Lagu tahun berikutnya:
  • "Siti Payung" - Liza Aziz (1992): selingan 1991 (bertemakan Irama Malaysia)
  • "Dir" - Rahim Maarof (1993): selingan 1992 (sempena memperingati pemergian Allahyarham Sudirman)
  • "Drama King" - Meet Uncle Hussein & Black (2010): selingan 2009 (sempena mewakili revolusi muzik bebas)
  • Persembahan Aishah sentiasa menampakkan kelainan pada setiap kali penyertaan. Kail pertama ialah lagu "Janji Manismu" dengan prop sebuah beg memaparkan Aishah ingin pergi jauh. Kedua pula, bagi lagu "Cinta Beralih Arah", Aishah menari dengan "phantom" setelah cintanya dicurangi manakala "Kasihnya Balqis", Aishah membawa dua orang anak lelaki beliau sambil bercerita tentang Balqis sebelum waktu tidur.
  • Sebelum 1990, semua artis wanita solo yang menyanyikan lagu balada menyanyikan lagu tersebut berseorangan tanpa "prop". Aishah telah menerajui persembahan bersama prop menerusi lagu "Janji Manismu" yang beliau telah menggunakan meja, lampu, gambar dan beg besar. Shima pula menjadi artis pertama yang dijulang ketika membuat persembahan menerusi lagu "Setelah Aku Kau Miliki" pada tahun 1991. Selepas itu, banyak penyanyi telah mempelbagaikan persembahan mereka sehingga kini.

Klik untuk Senarai Persembahan Pembukaan dan Selingan Anugerah Juara Lagu

[sunting] Lain-lain

  • Allahyarhamah Rosiah Chik merupakan artis wanita veteran pertama yang bertanding dalam Anugerah Juara Lagu apabila lagu dendangan beliau iaitu "Zapin Senandung Dua" berjaya ke peingkat akhir pada tahun 1995. Lagu nyanyian beliau bersama Bob juga telah berjaya mara ke peringkat akhir pada tahun 2006 yang membolehkan beliau bertanding ke AJL bagi kali kedua. Walau bagaimanapun, beliau telah meninggal dunia pada awal tahun 2006 yang menyebabkan Aspalela Abdullah menggantikan tempat beliau dan menjadikan Aspalela Abdullah penyanyi wanita veteran kedua yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu selepas Rosiah Chik.
  • Lagu yang dipertandingkan di AJL sebelum tahun 1992 adalah tidak berkategori malah sebelum 1992, lagu yang dibawa ke AJL adalah lagu juara bulanan.
  • Misha Omar merupakan salah seorang daripada penyanyi baru yang diberi peluang untuk membuat persembahan di permaidani merah ketika berlangsungnya AJL edisi ke 17. Menariknya, ketika edisi ke 18 Misha pula menyertai AJL seterusnya menjuarai pada tahun tersebut.
  • Tidak semua artis yang membuat dua persembahan mendapat perhatian juri untuk dinobatkan selaku Juara Lagu atau juara kategori. Antara artis-artis yang mempertaruhkan dua atau lebih persembahan, tetapi gagal mendapat anugerah Juara Lagu atau juara kategori pada tahun itu:
    • Juara Lagu 1988 - Kumpulan Gersang - Suratan Takdir & Masih Aku Terasa
    • Juara Lagu 1989 - Kumpulan Wings - Taman Rashidah Utama & Misteri Mimpi Syakilla
    • Juara Lagu 1990 - Kumpulan Ekamatra - Pusara Lebuhraya & Sentuhan Kecundang
    • Juara Lagu 1997 - Ziana Zain - Kalau Mencari Teman & Senja Nan Merah
    • Juara Lagu 2000 - Noraniza Idris - Ngajat Tampi & Ting Ting
    • Juara Lagu 2001 - Nora - Menyemai Cinta Bersamamu & Desa Tercinta
    • Juara Lagu 2007 - Faizal Tahir - Kasih Tercipta & Mahakarya Cinta
    • Juara Lagu 2010 - Faizal Tahir - Hanyut & Selamat Malam
    • Juara Lagu 2011 - Yuna - Gadis Semasa & Penakut

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain