Puting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Puting secara umum merujuk kepada satu tonjolan kecil, contoh puting parang. Ia turut merujuk kepada struktur dari mana cecair keluar. Lebih khusus lagi ia adalah tonjolan pada buah dada mamalia dari mana susu badan disalurkan kepada anaknya.

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Dari segi anatomi mamalia, puting atau papila mamalia merupakan tonjolan kecil kulit yang mengandungi bukaan bagi 15-20 kelenjar lactiferous yang diatur berkeliling sekitar muncung. Kulit puting adalah kaya dengan bekalan saraf khusus yang sensitif kepada rasangan tertentu. Tujuan physiologi puting adalah bagi menyalur susu kepada anak kecil, yang dihasilkan dalam kelenjar mamalia betina semasa penyusuan. Dalam jantina jantan, puting sering kali dianggap tidak berfungsi berkait dengan penyusuan, sungguhpun penyusuan jantan adalah mungkin. Anak mamalia memiliki firasat asas (menggerakkan kepala mereka agar mengalih mulut mereka ke arah apa jua yang menyentuh muka mereka) bagi mencari puting, dan firasat menghisap bagi mengeluarkan susu.