QBasic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
QBasic
The opening screen of QBasic.
Muncul pada1991 - 1998
PembangunMicrosoft Corporation
OSMS-DOS, Windows 95, Windows 98
LesenMS-EULA
Laman webwww.microsoft.com

QBasic merupakan persekitaran pembangunan bersepadu - (integrated development environment - IDE) dan bahasa diterjemah bagi variasi bagi bahasa pengaturcaraan BASIC yang berasaskan kepada bahasa pengaturcaraan QuickBasic. Kod yang dimasukkan ke dalam persekitaran pembangunan bersepadu IDE di kompil kepada bentuk perantaraan, dan bentuk perantaraan ini diterjemah menurut permintaan dalam IDE.

Sintaks[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana QuickBASIC, tetapi tidak seperti versi Microsoft BASIC lebih awal, QBasic merupakan bahasa pengaturcaraan berstruktur, menyokong pembentukan seperti subrutin dan gelung while. Nombor baris, konsep yang seringkali dikaitkan dengan BASIC, disokong bagi keserasian, tetapi tidak dianggap bentuk yang baik, telah diganti dengan label baris gambaran. QBasic mempunyai sokongan terhad bagi jenis struktur data ditetapkan pengguna, dan beberapa jenis primitif digunakan bagi menyimpan rentetan teks dan data nombor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

QBasic dicadangkan sebagai menggantikan GW-BASIC. Version 1.0 diedar bersama MS-DOS 5.0 dan berikutnya, termasuk Windows 95, Windows NT 3.x, dan Windows NT 4.0. IBM menkompil semula QBasic dan memasukkannya kedalam PCDOS 5.x, dan juga OS/2 2.0 berikutnya. eComStation, hasil dari kod OS/2, disertakan bersama QBasic 1.0. QBasic 1.1 disertakan bersama dengan MS-DOS 6.x, dan, tanpa EDIT, dalam Windows 95, dan Windows 98. Bermula dengan Windows 2000, Microsoft tidak lagi menyertakan QBasic bersama sistem pengoperasian mereka.

Ia diasaskan pada kompiler 4.5 QuickBASIC lebih awal tetapi tanpa kompiler QuickBASIC dan penyambung unsur (linker elements). Sehingga MS-DOS 7, penyunting MS-DOS memerlukan QBasic. Aturcara "edit.com" hanya memulakan QBasic dalam mod sunting sahaja.

Sungguhpun QBasic (bersama dengan Penyunting MS-DOS dalaman) mula diperkenalkan sebagai sebahagian dari Paket MS-DOS 5.0, ia tidak bergantung khusus kepada MS-DOS 5.0 untuk dilaksanakan. QBASIC (dan Penyunting) boleh digunakan bersama versi DOS sebelumnya, sehingga sekurang-kurangnya versi 3.20. Tetapi, ingatan mencukupi dan CPU yang agak pantas masih diperlukan, sekiranya tidak aturcara dilaksanakan dengan amat perlahan.

Pada masanya, QBasic memberikan IDE terkini (state-of-the-art) termasuk debugger dengan ciri-ciri seperti penilaian secara langsung (on-the-fly) dan penukaran kod yang masih luar biasa lebih sepuluh tahun berikutnya.

QBasic boleh dilaksanakan secara tempatan dengan menggunakan hampir kesemua versi DOS dan Windows, dan dengan menggunakan emulator DOSBox percuma, ia dapat dilaksanakan pada pelantar seperti Linux dan FreeBSD.

QBasic disertakan bersama dengan beberapa aturcara contoh siap tulis. Ia termasuk permainan komputer Nibbles (variasi [[permainan video Snake), permainan komputer Gorillas, permainan melontar pisang meletup dihasilkan dari Permainan Artillery pertama kali dihasilkan pada Tektronix 4051 dan kemudiannya HP 2640 HP 2647 dan RemLine, kod GW-BASIC aturcara penghapus nombor baris.

Contoh "Hello, Dunia!"[sunting | sunting sumber]

PRINT "Hello, Dunia!"

"?" juga boleh menggantikan perkataan "PRINT", dan akan ditukar kepada "PRINT" apabila bergerak kepada baris lain atau apabila dilaksanakan.

Trivia[sunting | sunting sumber]

QBasic mempunyai Telur Easter maya. Untuk melihatnya, tekan dan kekal LeftCtrl+LeftShift+LeftAlt dan RightCtrl+RightShift+RightAlt serentak selepas melaksanakan QBasic pada prompt DOS tetapi sebelum skrin judul dimuatkan: ini akan menyenaraikan Pasukan (The Team) pengaturcara. Ambil perhatian bahawa bagi komputer moden, ia terlalu pantas untuk dilakukan. Ia paling baik dilakukan pada PC lama (terutamanya dengan butang Turbo boleh guna, dengan suis memperlahankan CPU kepada 4.77MHz) atau dalam (emulator) seperti Bochs atau DOSBox yang boleh diperlahankan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]