Qutaibah ibn Muslim
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Qutaibah ibn Muslim merupakan seorang gabenor Arab yang berkhidmat di bawah seliaan Hajjaj ibn Yusuf ketika pemerintahan khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.
[sunting] Kehidupannya
Atas didikan disiplin daripada Hajjaj, Qutaibah berjaya melaksanakan tugas dengan berkesan. Namun, ketika zaman pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik, beliau dihukum bunuh kerana statusnya mampu menggugat pucuk pimpinan khalifah.
[sunting] Jasa dan Sumbangannya
Atas arahan Panglima Besar Hajjaj, Qutaibah berjaya meluaskan empayar Islam dari Turkestan, Bukhara hingga ke sempadan negara China termasuk Samarkand.