Rabun dekat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rabun dekat diatasi dengan lensa cembung.

Rabun dekat atau hiperopia adalah kesukaran melihat objek dekat.

Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana titik tumpuan imej terbentuk di belakang retina. Masalah bertentangan dengan rabun dekat adalah rabun jauh.

Sebab[sunting | sunting sumber]

Rabun dekat disebabkan imej ditumpukan di belakang retina bukan di atasnya. Ia boleh jadi disebabkan bebola mata yang terlalu kecil atau kuasa menumpu terlalu lemah.

Rabun dekat selalunya ada sejak lahir, tetapi kanak-kanak mempunyai lensa mata yang sangat fleksible yang dapat mengatasi masalah tersebut. Semakin meningkat usia, cermin mata atau kanta sentuh mungkin perlu untuk membetulkan penglihatan. Mereka yang mempunyai anggota keluarga yang ada rabun dekat, lebih cenderung menghadapi rabun dekat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]