Rahsia (filem 2023)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rahsia
PengarahShamyl Othman
Penulis
  • Alfie Palermo
  • Luqman Sheikh Ghazali
  • Natasha Azlan
  • Zulaikha Zakaria
Lakon layar
  • Alfie Palermo (Ditulis oleh)
  • Luqman Sheikh Ghazali (ko-penulis)
  • Zulaikha Zakaria (ko-penulis)
BerdasarkanRahsia oleh Othman Hafsham
Dihasilkan oleh
  • Alfie Palermo
  • Siti Marzuliana Marzuki
  • Amir Muhammad (bersekutu)
  • Elise Shick (bersekutu)
  • Luqman Sheikh Ghazali (bersekutu)
  • Amirr Shahlen (penyelaras)
  • Raja Jastina Arshad (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting oleh
Muzik olehReinchez Ng
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
10 Ogos 2023 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM3 juta
Pecah panggungRM6 juta

Rahsia merupakan sebuah filem seram Malaysia 2023 arahan Shamyl Othman, manakala lakon layar ditulis oleh Alfie Palermo selaku penerbit dan dikeluarkan oleh syarikat Astro Shaw dengan kerjasama Five Star Trading dan Kuman Pictures. Filem ini merupakan filem reka semula filem bertajuk sama pada 1987 oleh ayah Shamyl, Othman Hafsham. Filem ini dibintangi Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Marsha Milan dan ramai lagi. Filem ini mengisahkan tentang Ramlah kehilangan anaknya semasa berkelah di tepi pantai secara misteri dan mula mengalami kejadian aneh menghantuinya membuatkan suaminya sendiri meragui kegilaan isterinya.

Filem ini ditayangkan di pawagam bermula 10 Ogos 2023.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ramlah (Nabila Huda), seorang suri rumah tangga pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim (Eman Manan) sempena menyambut ulang tahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan (Fikry Ibrahim), seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina (Qistina Raisah) dan Saiful (Syed Ali Murtadha).

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin bahawa Saiful hilang di persisiran pantai namun Ramlah mula diganggu kelibat anaknya.

Mampukah Ramlah merungkai "rahsia" disebalik kehilangan anaknya itu?[1][2]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Pelakon tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Nu'man Salleh sebagai Pak Saleh
  • Muhammad Suhaid Mustakim sebagai Korporal Azam
  • Nabil Zakaria sebagai Bob
  • Iris Alesssandra Alyssa sebagai Ramlah (muda)
  • Mohd Yusof Omar sebagai Tan Sri Afdal
  • Arwan Umar sebagai P.A Datin Mary
  • Mastura Yazid sebagai Orang Gaji Datin Mary

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Rahsia merupakan sebuah filem reka semula, yang diarahkan oleh Shamyl Othman, anak Othman Hafsham yang mengarahkan filem asal bertajuk sama yang ditayangkan pada 1987. Filem ini merupakan filem terbitan syarikat Astro Shaw, Five Star Trading dan Kmn Pictures. Ini merupakan filem seram Malaysia pertama yang direka semula.[3]

Filem ini bakal menyaksikan penampilan filem pertama Fikry Ibrahim, penampilan semula Marsha Milan selepas filem 7ujuh, filem terakhir lakonan penyanyi tersebut, serta Nur Qistina Raisah setelah kali terakhir beliau berlakon dalam filem Felina.

Lakon Layar filem ini ditulis sepenuhnya oleh Alfie Palermo. Proses pembangunan lakon layar dibantu oleh Zulaikha Zakaria serta Luqman Sheikh Ghazali, dengan kesemuanya berada di bawah program pengarangan Astro Shaw.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Jadual kutipan pawagam
Rahsia
(13 Ogos 2023 - kini)
Tempoh Tayangan Kutipan kumulatif
3 hari (hingga 13 Ogos) RM1.3 juta
5 hari (hingga 15 Ogos) RM2.2 juta
8 hari (hingga 18 Ogos) RM3 juta
11 hari (hingga 21 Ogos) RM4.3 juta
22 hari (hingga 1 September) RM6 juta

Filem ini rata-rata diberi ulasan positif oleh para penonton dan rakan-rakan media. Hairy Ezreen bagi BuzzKini mengatakan bahawa filem ini benar-benar memenuhi citarasa penonton yang menginginkan sebuah filem seram tempatan.[4]

BuzzPop TV pula memberikan kredit kepada sinematografer filem ini, Tan Teck Zee, atas hasil kerja beliau dalam filem ini dengan membawa genre filem seram ke alaf baharu. Selain itu, BuzzPop memuji skrip yang ditulis oleh Alfie, Luqman, Natasha dan Zulaikha kerana menukar genre asal filem ini daripada filem thriller ke filem supernatural seram.[5]

Zhafvlog dari Pure Pixels memberikan rating filem ini dengan markah penuh kerana jalan cerita yang mudah difahami dan menarik, dengan hantu yang dipersembahkan dalam filem ini cukup seram.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ @AstroShaw (16 Julai 2023). "Apakah RAHSIA yang menyelubungi hidup Ramlah…? 🤫 Filem RAHSIA Akan Datang Di Pawagam Mulai 10 Ogos 2023. Dia Takkan Pergi. Daripada Penerbit Filem Dukun & Pusaka. #Rahsia2023 #SembangEntertainment #NewReleases #MovieRecommendations" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ "Filem Rahsia (2023)". 16 Julai 2023. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  3. ^ Astro Gempak (14 Julai 2023). "Filem 'Rahsia' versi reboot ditayang Ogos ini". Astro Awani.
  4. ^ Hairy Ezreen (2 Ogos 2023). "Review: Filem Seram Dengan Elemen Kekeluargaan, Rahsia Terbitan Astro Shaw Penuh Kejutan!". BuzzKini. Dicapai pada 12 Ogos 2023.
  5. ^ @buzzpoptv (10 Ogos 2023). "RAHSIA: Remake Filem 1987 Yang Amat Padu! ▶ bit.ly/ReviuRAHSIA ✅ Skrip oleh Alfie Palermo, Natasha Azlan, Luqman Sheikh Ghazali dan Zulaikha Zakaria streamline story 1987 berubah dari thriller menjadi supernatural horror. #Rahsia2023" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.
  6. ^ @zhafvlog (1 Ogos 2023). "RAHSIA [2023] - 5/5 Infinity Stars Ramlah kehilangan anaknya semasa berkelah di tepi pantai secara misteri dan mula mengalami kejadian aneh menghantuinya. GOOD: Jumpscare on-point, hantu seram, lakonan Nabila Huda level best actress, story menarik yet mudah difahami. Tetapi…" (Twit). Dicapai pada 12 Ogos 2023 – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]