Raj Kapoor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raj Kapoor
Kapoor dalam Aah, 1953
Kelahiran
Ranbir Raj Kapoor

(1924-12-14)14 Disember 1924
Meninggal dunia2 Jun 1988(1988-06-02) (umur 63)
WarganegaraIndia
Nama lainThe Show Man
KerakyatanIndia
PekerjaanPelakon, penerbit, pengarah
Tahun aktif1935–1988
PasanganKrishna Kapoor
Anak-anakRandhir Kapoor
Ritu Nanda
Rima Kapoor Jain
Rishi Kapoor
Rajiv Kapoor
IbuRamsarni Kapoor
BapaPrithviraj Kapoor
SaudaraLihat Keluarga Kapoor
Tandatangan
Raj Kapoor signature.svg

Ranbir Raj Kapoor (14 Disember 1924 – 2 Jun 1988) merupakan pelakon, penerbit dan pengarah perfileman India yang tersohor.[2] Dilahirkan di Kapoor Haveli, Peshawar merupakan anak kepada pelakon Prithviraj Kapoor.

Kapoor dikenali sebagai salah satu pelakon dan pembikin filem terhebat dan berpengaruh dalam sejarah perfileman India.[3] Beliau pernah memenangi beberapa anugerah termasuk tiga Anugerah Filem Kebangsaan dan 11 Anugerah Filmfare diu India. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Filmfare telah dinamakan sempena nama Raj Kapoor. Beliau pernah dicalonkan sebanyak dua kali untuk hadiah utama Palme d'Or di Festival Filem Cannes menerusi filem Awaara (1951) dan Boot Polish (1954). Lakonan beliau dalam Awaara telah diletakkan di tangga pertama dalam sepuluh lakonan terhebat sepanjang masa oleh majalah Time.[4] Filem-filem beliau telah menarik penonton dari seluruh dunia terutamanya di Asia dan Eropah. Beliau digelar Clark Gable industri perfilem India.[5]

Kerajaan India telah menganugerahkan Padma Bhushan kepada Kapoor pada tahun 1971 atas sumbangan beliau dalam perfileman India.[6] Pada tahun 1987, Kerajaan India menganugerahkan pula anugerah tertinggi dalam industri perfileman India iaitu Anugerah Dadasaheb Phalke kepada Kapoor.

Raj Kapoor telah jatuh pengsan semasa acara sepatutnya beliau menerima Anugerah Dadasaheb Phalke, dan telah dibawa ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) untuk rawatan. Beliau telah ditahan di hospital kira-kira sebulan sebelum meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan asma pada 2 Jun 1988 di usia 63 tahun.[7]

Semasa penghujung hayatnya, Raj sedang menyiapkan filem Henna (sebuah filem percintaan Indo-Pakistan). Filem tersebut akhirnya diselesaikan oleh anak-anaknya, Randhir dan Rishi Kapoor, dan ditayangkan pada tahun 1991.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jain, Madhu (2009). The Kapoors: The First Family of Indian Cinema (ed. Revised). Penguin Group India. ISBN 978-0-14306-589-0.
  2. ^ "Raj Kapoor and the Golden Age of Indian Cinema". hcl.harvard.edu. 19 February 2015.
  3. ^ Allmusic biography
  4. ^ "All-Time 100 Movies". Time. 12 February 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2011.
  5. ^ Film World. T.M. Ramachandran. 1965.
  6. ^ "Padma Awards" (PDF). Ministry of Home Affairs, Government of India. 2015. Dicapai pada July 21, 2015.
  7. ^ "Remembering Indian cinema's greatest showman". movies.rediff.com. Dicapai pada 22 Oct 2010.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Rajadhyaksha, Ashish; Willemen, Paul. Encyclopedia of Indian Cinema. London: British Film Institute; New Delhi: Oxford University Press, 1994
  • Kishore, Valicha. The Moving Image. Hyderabad: Orient Longman, 1988

Pautan laur[sunting | sunting sumber]