Raja Bahar bin Raja Sakti
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Bahar bin Raja Sakti atau juga dikenali sebagai Long Bahar Bendahara juga Raja Ekor merupakan putera kedua Raja Sakti, pemerintah Jembal.
Beliau mempunyai dua orang putera iaitu Raja Abdullah dan Raja Abdul Rahim. Selepas kemangkatan kekandanya Raja Loyor, baginda dilantik sebagai raja Jembal antara tahun 1663-1667 Masihi.
Baginda mangkat sekitar tahun 1675 dan dimakamkan di Kampung Tok Kambing, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau digantikan oleh Raja Udang (Sultan Umar).