Sultan Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Kelantan atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku al-Sultan (nama baginda), Sultan Kelantan dan Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Kerajaan negeri Kelantan meliputi sempadan Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu.

Isi kandungan

[sunting] Senarai Raja / Sultan Kelantan[1]

[sunting] Dinasti awal Langkasuka

[sunting] Zaman Dinasti Chermin

Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak, utara Sumatra dan Champa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Champa di Vietnam.

  • 1339-1362: Sultan Mahmud Ibni Adullah, putera kepada Paduka Sri Sang Tawal, Raja Langkasuka. Menjadi Raja Langkasuka selepas kemangkatan ayahandanya, dan mengasaskan Kerajaan Chermin. Meluaskan empayar kerajaan Chermin dengan menakluk Perak, Kedah, Champa dan utara Sumatra. Dikalahkan oleh kerajaan Sukhotai pada tahun 1345 dan membayar ufti kepada Sukhotai. Masuk Islam dan menggunakan gelaran Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam. Memindahkan ibu kota ke Bukit Panau. Kerajaannya menjadi taklukan Majapahit selepas Majapahit mengalahkan Sukhotai pada tahun 1357. Mangkat pada tahun 1362[2]
  • 1391-1418: Sultan Baki Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud, Raja Kerajaan Chermin (Langkasuka-Kelantan-Singgora)[3]
  • 1418-1429: Sultan Sadik Muhammad Shah. Memindahkan pusat pemerintahan kerajaan Chermin ke pedalaman Nenggiri[4]
  • 1429-1467: Sultan Iskandar[1]
  • 14xx-1522: Sultan Mansur Shah (Kelantan)[5]
  • 1522-1526: Sultan Gombak ibni Almarhum Sultan Mansur Shah[5]
  • 1526-1547: Sultan Ahmad Shah[5]
  • 1547-1561: Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad
  • 1561-1565: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur
  • 1565-1570: Sultan Umar Bin Raja Ahmad
  • 1570-1579: Sultan Ibrahim Ibni Sultan Mansur (kali kedua)

[sunting] Dinasti Champa-Jembal

[sunting] Dinasti Datu Pattani

[sunting] Sultan Kelantan (Permulaan dari Keturunan Raja Terengganu)

[sunting] Kerabat Diraja Kelantan

Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya ke jawatan Raja Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Di antara jawtan Raja-raja bergelar itu ialah:

  • Raja Muda - Diwujudkan semasa zaman Sultan Muhammad I untuk bakal raja Sultan Kelantan. Diantara yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal Abidin (nenda Tengku Razaleigh Hamzah). Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni DYTM Long Yunus.
  • Tengku Sri Indra - jawatan bagi menggantikan Raja Muda. Diwujudkan semasa Sultan Muhammad III. Diantara yang pernah memegang jawatan ialah Sultan Muhammad IV, Sultan Ismail I, dan Sultan Ibrahim
  • Tengku Mahkota - Jawatan bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indra, diwujudkan semasa zaman Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Abdullah memakai gelaran Tengku Besar Indra Petra manakala adiknya Tengku Yahya Petra menjadi tengku mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra
  • Tengku Bendahara / Raja Bendahara Banggol
  • Tengku Temenggong
  • Tengku Laksamana - Tengku Abdul Halim Ibni Sultan Ibrahim
  • Tengku Panglima Raja - Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II
  • Tengku Sri Maharaja - Tengku Muhammad Hamzah bapa Tengku Razaleigh
  • Tengku Sri Utama Raja - Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
  • Tengku Sri Akar Raja - Raja Pattani terakhir Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah yang dibuang negeri ke Kelantan dianugerahi gelaran ini oleh Sultan Muhammad IV. Tengku Abdul Kadir adalah dari keturunan Raja Muda Long Ismail ibni DYTM Long Yunus

[sunting] Rujukan

  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia, Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.

[sunting] Nota kaki

  1. 1.0 1.1 Zakiah Hanum, 2004, ms 24
  2. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
  3. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
  4. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
  5. 5.00 5.01 5.02 5.03 5.04 5.05 5.06 5.07 5.08 5.09 5.10 "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm. Capaian 3 Februari 2010. 
  6. 6.0 6.1 6.2 6.3 6.4 "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm. Capaian 20 Januari 2010. 
  7. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm
  8. 8.0 8.1 "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant4.htm. Capaian 20 Januari 2010. 
  9. 9.0 9.1 "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant5.htm. Capaian 20 Januari 2010. 
  10. "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant6.htm. Capaian 20 Januari 2010. 
  11. 11.0 11.1 11.2 11.3 "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm. Capaian 20 Januari 2010. 
  12. 12.0 12.1 12.2 "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. http://www.royalark.net/Malaysia/kelant8.htm. Capaian 20 Januari 2010. 
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain