Raja Haji Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Almarhum Yamtuan Muda Riau IX Raja Haji Abdullah Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar ialah Yang di-Pertuan Muda ke-9 yang dilantik menggantikan saudaranya, Yamtuan Muda Riau Kelapan Raja Ali Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau VI Raja Ja'afar pada tahun 1857. Putera baginda, Yamtuan Muda Riau X Raja Muhammad Yusuf Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau IX Raja Haji Abdullah menjadi Yang di-Pertuan Muda selepas kemangkatan baginda dan cucunya pula dilantik sebagai Sultan Lingga-Riau ke-8 dan terakhir bergelar Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah Ibni Almarhum Yamtuan Muda Riau X Raja Muhammad Yusuf.

Kemangkatannya[sunting | sunting sumber]

Makam Raja Haji Abdullah Kesultanan Johor (Dinasti Raja Bugis Luwu)

Baginda mangkat di Pulau Penyengat pada tahun 1858 dan digelar Marhum Murshid kerana peranannya dalam tarekat Nasyabandiyah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Yang Dipertuan Muda Riau Ke-9
1857 – 1858
Penyandang Kemudian
Raja Ali bin Raja Jaafar Raja Muhammad Yusuf