Pulau Penyengat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penyengat Inderasakti

Peta lokasi pulau Penyengat Inderasakti
Negara Indonesia
Kepulauan Kepulauan Riau
Provinsi Kepulauan Riau
Kabupaten
Pinggir laut
Luas
Jumlah penduduk 2500
(?)

Pulau Penyengat atau Pulau Penyengat Inderasakti dalam sebutan sumber-sumber sejarah, adalah sebuah pulau kecil yang berjarak lebih kurang 6 km dari Kota Tanjung Pinang, pusat pemerintahan Provinsi Kepulauan Riau. Pulau ini berukuran lebih kurang 2.500 meter x 750 meter, dan berjarak lebih kurang 35 km dari Pulau Batam. Pulau ini dapat dituju dengan menggunakan perahu bot atau lebih dikenal bot pompong. Dengan menggunakan bot pompong, memerlukan waktu tempoh lebih kurang 15 minit.

Pulau Penyengat merupakan salah satu destinasi pelancongan di Kepulauan Riau. Perkara-perkara yang boleh kita lihat adalah Masjid Raya Sultan Riau yang dibuat dari putih telur, makam-makam para raja, makam Raja Ali Haji, kompleks Istana Sultan dan benteng pertahanan di Bukit Kursi. Pulau Penyengat dan kompleks istana di Pulau Penyengat telah dicalonkan ke UNESCO untuk dijadikan salah satu Tapak Warisan Dunia

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-18, Raja Haji membangun sebuah kubu di Pulau Penyengat, kubu tersebut tepatnya berada di Bukit Kursi, di sana ditempatkan beberapa meriam sebagai asas pertahanan Bentan.

Pulau Penyengat adalah sebuah pulau kecil yang terletak tak jauh dari Pulau Bentan, Kepulauan Riau. Menurut Tuhfat Al-Nafis, Pulau Penyengat ialah hadiah daripada Sultan Mahmud Shah III kepada isterinya Raja Hamidah Binti Raja Haji atau Engku Puteri dan menjadi hak milik keturunan baginda dan saudara-saudaranya sebagai pewaris Raja Haji.

Pulau ini kemudiannya menjadi pusat pemerintahan Yang Dipertuan Muda bermula daripada Raja Ja'afar sehingga Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda Riau terakhir.

Pusat pemerintahan Kesultanan Lingga-Riau juga telah berpindah ke sini pada zaman pemerintahan putera Raja Muhammad Yusuf yang dilantik sebagai Sultan Lingga-Riau terakhir iaitu Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah (1883-1911) setelah baginda menggabungkan jawatan Yang Dipertuan Muda dengan jawatan Sultan selepas kemangkatan ayahandanya.

Kini Pulau Penyengat didiami oleh kira-kira 2603 orang penduduk yang kebanyakannya keturunan raja-raja Riau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]