Rama-rama Tebuan
Untuk kapal terbang bersayap kembar British 1930-an, sila lihat de Havilland Hornet Moth.
| Rama-rama Tebuan | ||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pengelasan saintifik | ||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||
| Nama binomial | ||||||||||||||||||
| Sesia apiformis |
Rama-rama Tebuan (Sesia apiformis) merupakan rama-rama yang besar di mana bentuk fizikalnya seakan-akan tebuan, namun ia tidak berbahaya.
Isi kandungan |
[sunting] Pengecaman
Rama-rama Tebuan mudah dikelirukan dengan tebuan sebenar dan Rama-rama Tebuan Bulan. Rama-rama ini sebesar tebuan malah tingkah lakunya serupa apa yang dilakukan tebuan yakni terbang tersentak-sentak apabila diganggu tetapi ia mempunyai lebih warna kuning dan tiada pinggang di antara abdomen dan toraks. Rama-rama Tebuan Bulan memiliki warna kuning yang sedikit pada kepala dan bahu dan berkolar hitam, tidak seperti Rama-rama Tebuan yang berkolar kuning.
[sunting] Penerangan
Rama-rama Tebuan memiliki rentang kepak berukuran antara 33 hingga 48 mm dan kepak hadapan antara 17 hingga 21 mm.[1][2] Ia terbang pada pertengahan bulan Jun hingga Julai, kadangkala hingga Ogos dan boleh ditemui di bawah batang pokok poplar seawal pagi.
[sunting] Jangka hayat
Kemandirian musim sejuknya sebagai larva adalah sekali dan kadangkala dua kali, selepas ia berada dalam kokun bagi musim sejuk seterusnya. Rama-rama Tebuan dewasa sering dijumpai pada pokok poplar berturut-turut selepas kemunculannya. Rama-rama Tebuan betina pula bertelur di dasar pokok poplar, makanan bagi larva. Larva menetas dan hanya makan di bawah permukaan kulit kayu, berhampiran tanah atau di bawahnya seperti akar.[3] Lubang keluar selalunya dilihat berdekatan dasar pokok poplar dan mungkin terdapat kelongsong kepompong di situ.
[sunting] Habitat
Taman, tumbuhan pagar, balapan golf, kuari, tanah paya, pinggir ladang dan tepi tasik. Pokok dalam habitat terbuka yang dikelilingi dengan sedikit tumbuh-tumbuhan merupakan kesukaannya.
[sunting] Rujukan
- ↑ "UKMoths: Hornet Moth Sesia apiformis". UKMoths.org. http://ukmoths.org.uk/show.php?bf=370. Capaian 14 September 2008.
- ↑ "The Moths of Suffolk: Sesia apiformis". http://www.suffolkmothgroup.org.uk/cgi-bin/mos/account.cgi?code=0370. Capaian 14 September 2008.
- ↑ "Sesia apiformis (Clerck, 1759)". http://www.leps.it/indexjs.htm?SpeciesPages/SesiaApifo.htm. Capaian 14 September 2008.
[sunting] Lihat juga
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Rama-rama Tebuan |