Toraks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambar rajah lalat tsetse yang memaparkan kepak, toraks dan abdomen

Toraks merupakan bahagian pada badan haiwan yang terletak di antara kepala dan abdomen.

Mamalia[sunting | sunting sumber]

Toraks adalah bahagian badan yang dibentuk oleh sternum, vertebra toraks dan tulang rusuk. Ia menganjur dari leher hingga ke diafragma, tidak termasuk anggota atas. Jantung dan paru-paru terletak dalam rongga toraks, di samping banyak terdapat salur darah. Organ dalaman dilindungi oleh sangkar rusuk dan sternum.

Serangga dan Trilobit[sunting | sunting sumber]

Badan trilobit dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu sefalon dengan mata, bahagian mulut serta organ deria seperti sesungut, toraks bersegmen serupa berganda (di mana sesetengah spesies membenarkan dirinya untuk bergolek kepada bola) dan pigidium atau bahagian ekor.

Toraks merupakan salah satu daripada tiga bahagian utama (tagmata) badan hidupan berkenaan di mana tiap-tiap bahagian membentuk segmen berganda. Ia adalah bahagian di mana kepak dan kaki dicantumkan dalam serangga atau bahagian plat artikulat berganda dalam trilobit. Bagi kebanyakan serangga, toraks itu sendiri membentuk tiga segmen; protoraks, mesotoraks dan metatoraks. Bagi serangga yang masih wujud, protoraks tidak pernah mempunyai kepak, walaupun kaki sering ada dalam serangga dewasa; kepak (apabila ada) telah mengehadkan sekurang-kurangnya mesotoraks dan biasanya metatoraks juga tetapi barangkali kepak dikecilkan atau diubah suai sama ada kedua-dua segmen ataupun salah satunya (sebagaimana dalam gambar rajah lalat, kepak metatoraks telah menjadi organ imbangan kecil dipanggil halter).

Setiap segmen toraks dalam serangga disubbahagi selanjutnya kepada pelbagai bahagian, paling mustahak ialah bahagian dorsal (notum), bahagian sisi (pleuron; satu pada setiap sisi) dan bahagian ventral (sternum). Bagi sesetengah serangga, tiap-tiap bahagian berkenaan membentuk satu hingga beberapa plat eksorangka bebas dengan membran di antaranya (disebut sklerit) walaupun sklerit telah dicantum kepada pelbagai darjah dalam kebanyakan kes.

Rujukan[sunting | sunting sumber]