Rambo 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rambo
Pengarah Sylvester Stallone
Penerbit Avi Lerner,
Kevin King Templeton
John Thompson
Sylvester Stallone
Pengarang Sylvester Stallone
Art Monterastelli
Lakonan Sylvester Stallone
Julie Benz
Matthew Marsden
Muzik Brian Tyler
Sinematografi Glen Macpherson
Penyuntingan Sean Albertson
Pengedar Lions Gate Entertainment (AS)
Columbia Pictures (UK, Australia)
Warner Bros. (Jerman)
Mula ditayang Amerika Syarikat 25 Januari 2008 United Kingdom 22 Februari 2008
Tempoh ditayang 95 min.
Negara United States
Bahasa Inggeris
Perbelanjaan AS$50,000,000[1]
Laman web rasmi
Rujukan All Movie Guide
Rujukan IMDb

Rambo merupakan filem aksi tahun 2008 , lakonan Sylvester Stallone sebagai Rambo. Rambo 4 mengisahkan veteran tentera Amerika semasa Perang Vietnam yang bernama John Rambo. Sylvester Stallone menjadi pengarah filem ini . Ia merupakan filem Rambo siri ke-4 .

Filem Rambo memaparkan aksi pembunuhan demi pembunuhan dan diklasifikasikan sebagain 18SG iaitu mempunyai unsur sex dan ganas secara berlebihan. Terdapar 236 pembunuhan dengan 2.59 pembunuhan setiap minit.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Plot[sunting | sunting sumber]

Amerika tetap Amerika. Pengenalan filem ini menunjukkan suasana dahsyat semasa para sami Buddha menyertai protes anti kerajaan di Myanmar pada tahun 2007 yang dipimpin oleh Jeneral Than Shwe. Rejim tentera pimpinan Than Shwe melumpuhkan sebarang gerakan pro demokrasi dengan cara kekerasan sama ada di bandar-bandar , apatah lagi di kawasan utara Myanmar yang diduduki puak Karen yang berugama Kristian.

Sebagaimana filem Rambo III sebelum ini, Rambo juga tinggal di menetap di hutan Thailand dan bekerja sebagai penangkap ular tedung untuk dijual . Di sana Rambo memiliki sebuah bot sewa dan sering menyusuri sungai sempadan Thailand dan Myanmar. Sekumpulan paderi Kristian yang melakukan misi kemanusiaan mahu perkhidmatan bot yang disediakan oleh Rambo . Tetapi Rambo menolak kerana kawasan utara yang diduduki puak Karen amat berbahaya - zon perang.Tetapi sukarelawan misionari Sarah Miller berjaya memujuk Rambo ke sana.

Semasa dalam perjalanan , mereka telah ditahan oleh sekumpulan lanun dan menjadikan Sarah Miller sebagai tebusan. Apabila rundingan gagal , Rambo telah membunuh lelaki tersebut. Sekumpulan misionari lain yang dipimpin oleh Michael menyatakan mereka boleh pergi melalui jalan darat dan tidak perlukan bantuan Rambo. Pada mulanya misi kemanusiaan mereka berjalan lancar sehinggalah mereka diganggu oleh seorang leftenan kolonel Myanmar yang perokok dan menyerang kampung-kampung , membunuh paderi-paderi Kistian yang melakukan misi kemanusiaan dan lain-lain. Sebahagian lain telah diculik.Apabila misionari-misionari ini tidak pulang dalam tempoh 10 hari, ketua paderi (Pastor) meminta bantuan Rambo untuk menjejaki mereka yang hilang.

Setelah menyaksikan kemusnahan kampung, akhirnya Rambo telah merampas sebuah trak milik tentera Myanmar dan merancang bagi membebaskan para tahanan yang terdapat dalam sebuah kem. Tempoh penyelamatan diberikan hanya dalam masa 15 minit sebelum kem diletupkan. Tentera Myanmar pula telah menjadikan para tahanan sebagai benteng manusia. Rambo yang memiliki kepakaran serangan kilat dan perang gerila berjaya menentang tentera Myanmar. Puak Karen yang berugama Kristian itu turut membantu Rambo.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Rambo