Ranggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bunga ‘’Tetramery’’ bagi Primrose Willowherb (Ludwigia octovalvis) menunjukkan ranggi dan sepal.

Ranggi atau kelopak bunga merupakan daun yang mengelilingi bahagian pembiakan bunga. Ia biasanya bewarna terang atu berbentuk luar biasa bagi menarik serangga pendebunga. Keseluruhan, kesemua ranggi bunga dikenali sebagai korola. Ranggi biasanya diiringi oleh set dauh khas yang dikenali sebagai sepal terletak di bawah korola. Apabila ranggi dan sepal bunga kelihatan sama, ia dikenali sebagai tepal. Contoh tumbuhan di mana istilah tepal adalah sesuai termasuk genera seperti Aloe dan Tulipa. Sama juga, genera seperti mawar dan Phaseolus memiliki sepals dan ranggi yang jauh berbeza.

Tulip, bunga aktinomorfik dengan tiga ranggi dan tiga sepal, yang pada keseluruhan mewakili contoh enam tepal yang baik

Variasi[sunting | sunting sumber]

Pelargonium peltatum: struktur bunganya hamper sama dengan geranium, tetapi ia jelas zygomorfik
Geranium incanum, dengan bunga aktinomorfik biasa bagi genus
Kacang putih, bunga zygomorfik

Ranggi boleh jauh berbeza pada spesies berlainan. Bilangan ranggi pada bunga mungkin mempunyai petunjuk pada pengelasan tumbuhan. Sebagai contoh, bunga pada eudikot (kumpulan dicots terbesar) paling kerapnya memiliki empat atau lima ranggi sementara bunga monocots memiliki tiga atau enam ranggi, sungguhpun terdapat banyak pengecualian pada aturan ini.[1]

Putaran ranggi atau korola mungkin samaada kejejarian atau bersimetri secara dwisisi (see Symmetry in biology and Floral symmetry). Sekiranya kesemua ranggi adalah pada asasnya bentuk dan saiz serupa, bunga tersebut dikatakan sebagai biasa atau aktinomorf (bererti "bentuk-pancaran "). Banyak bunga hanya bersimetri pada satu paksi (contoh., simetri adalah bilateral) dan diistilah luar biasa or zigomorfi (bererti "yoke-" atau "bentuk sepasang "). Pada bunga luar biasa, bahagian bunga yang lain mungkin pengubahsuai dari bentuk biasa, tetapi ranggi menunjukkan perbezaan terbesar dari simetri radial. Contoh bunga zigomorfi boleh dilihat pada pokok Bunga Anggerik dan ahli keluarga kekacang Fabaceae.

Pada kebanyakan tumbuhan keluarga Asteraceae seperti pokok bunga matahari, Helianthus annuus, ukurlilit pada kuntum bunga terdiri dari jambangan bunga kecil. Setiap bunga kecil secara anatomi merupakan bunga individual dengan ranggi besar tunggal.

Ranggi bagi spesies tumbuhan berlainan juga jauh berbeza dari segi warna dan pola warna, kedua-dua bagi cahaya kelihatan dan pada ultralembayung. Pola sedemikian sering berfungsi sebagai panduan pada pendebunga, dan dikenali dengan pelbagai gelaran seperti pemandi madu, pemandu debunga, dan pemandu bunga dsb.

Sungguhpun ranggi biasanya merupakan bahagian paling menonjol bagi bunga, sesetengah rumput (“Poaceae”), hanya memiliki ranggi yang amat kecil atau tiada langsung.

Struktur yang serupa[sunting | sunting sumber]

Kadang kala bahagian yang berbeza secara botani kelihatan seperti petal. Dalam genus Canna ranggi sebenar adalah kecil sementara stamen adalah besar dan bewarna terang. Sebilangan tumbuhan memiliki “bract” yang menyerupai ranggi, sebagai contoh bagi Bougainvillea, Cornus florida (flowering dogwood) dan ahli keluarga Euphorbiaceae.

Korola[sunting | sunting sumber]

Korola bersepadu

Istilah keseluruhan bagi kesemua ranggi adalah korola. kaliks (semua ranggi) dan korola keseluruhan membentuk periant. Peranan korola bagi evolusi tumbuhan telah dikaji dengan pesatnya sejak Charles Darwin mengetengahkan teori asal korela memanjang dan tiub korela.[2]

Sekiranya ranggi bebas dari sesame sendiri pada korela, pokok itu adalah polipetal or koripetal ; sementara sekiranya sebahagian ranggi sekurang-kurangnya bersepadu, ia adalah gamopetal or simpetal.

Genetik[sunting | sunting sumber]

Genetik asas pembentukan ranggi, menurut Model ABC Perkembangan Bunga, adalah sepal, ranggi, stamen, dan karpel adalah versi diubah suai sesame sendiri. Ia kelihatan bahawa mekanisma bagi membentuk ranggi berevolasi hanya sedikit (kemungkinan hanya sekali), berbanding berevolasi beberapa kali dari stamen.[3]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bunga seroja
  1. Soltis, Pamela S.; Douglas E. Soltis (2004). "The origin and diversification of angiosperms". American Journal of Botany 91 (10): 1614–1626. doi:10.3732/ajb.91.10.1614. PMID 21652312. 
  2. L. Anders Nilsson (1988). Analysis of theory of evolution of corolla elongation involving pollinating species "The evolution of flowers with deep corolla tubes". Nature 334 (6178): 147–149. 
  3. Rasmussen, D. A.; Kramer, E. M.; Zimmer, E. A. (2008). "One size fits all? Molecular evidence for a commonly inherited petal identity program in Ranunculales". American Journal of Botany 96 (1): 96–109. doi:10.3732/ajb.0800038. PMID 21628178.