Ratu lebah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ratu lebah menjalankan tugasnya di dalam haif.

Ratu lebah ialah satu istilah yang merujuk kepada lebah betina yang dewasa dan telah mengawan, tinggal di dalam koloni lebah madu atau haif. Ia adalah ibu kepada hampir semua lebah di dalam haifnya. Ratu terbentuk daripada larva yang dipilih oleh lebah pekerja dan diberi makanan khusus iaitu jeli raja untuk menjadi matang dan lain daripada lebah pekerja biasa. Secara normal, terdapat hanya satu ratu sahaja di dalam sesebuah haif.

Istilah "ratu lebah" boleh menjadi umum apabila digunakan kepada mana-mana serangga betina pembiakan di dalam sesebuah koloni spesis lebah eusosial selain daripada lebah madu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]