Reconquista

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Reconquista (Penaklukan semula) adalah tempoh selama 750 tahun untuk orang Kristian menawan kembali Semenanjung Iberia (Sepanyol dan Portugal sekarang) dari tangan kerajaan-kerajaan Islam Moor al-Andalus.

Penaklukan Hispania oleh Bani Umayyah berlaku awal kurun ke-8, dan Reconquista bermula hampir serta-merta pada tahun 722 dengan Pertempuran Covadonga, dan disempurnakan dalam tahun 1492 dengan penaklukan Granada.