Al-Muwahhidun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
الموَحدون
Al-Muwaḥḥidūn (Arab)
Empayar Al-Muwahhidun

1121–1269

Bendera

Empayar Al-Muwahhidun di puncak kekuatan, c. 1200 CE.
Ibu negara Tinmel (1121–1147)

Marrakesh (1147–1269)[1]

Agama Islam Al-Sunnah wal Jama'ah
Kerajaan Pemerintahan beraja
Khalifah
 - 1121–1130 Abd al-Mu'min
 - 1266–1269 Abu al-Ula al-Wathiq Idris
Sejarah
 - Diasaskan 1121
 - Dibubarkan 1269
Keluasan 1,621,393.5 km2 (626,024 bt persegi)
Mata wang Dinar[2]
Didahului oleh
Digantikan oleh
Al-Murabitun
Dinasti Marinid
Amiriah Granada
Abdalwadid
Dinasti Hafsid
Taifa Orihuela
Taifa Niebla
Taifa Arjona
Kerajaan Castile
Kerajaan Aragon
Kerajaan Portugal
Kerajaan Leon
Kini sebahagian daripada  Algeria
 Gibraltar
 Libya
 Morocco
 Portugal
 Spain
 Tunisia
 Western Sahara

Dinasti Al-Muwahhidun, (bahasa Berber: Imweḥḥden, daripada perkataan bahasa Arab الموحدون Al-Muwaḥḥidun, "monoteis" atau ("gerakan Penyatuan"), ialah dinasti Islam Berber Maghribi[3][4] Dinasti ini diasaskan pada abad ke-12 dan menubuhkan negara Berber di Tinmel di Pergunungan Atlas dalam tahun 1120 CE.[5]

Pergerakan "Penyatuan" dimulakan oleh Ibnu Tumart di kalangan bani Masmuda, dan diikuti oleh Abd Al-Mu'min Al-Gumi di antara tahun 1130 dan kematiannya pada tahun 1163. Pihak Al-Muwahhidun menewaskan Al-Murabitun, dan memanjangkan kuasa mereka di seluruh Maghreb dan Al-Andalus (selatan Portugal dan Sepanyol) yang pada masa itu di bawah penguasaan Al-Murabitun.

Ketuanan Al-Muwahhidun kekal sehingga tahun 1212, apabila Muhammad III, "al-Nasir" (1199–1214) tertewas kepada angkatan bersekutu Kristian dari Castile, Aragon, Navarre dan Portugal dalam Pertempuran Las Navas de Tolosa di Sierra Morena. Hampir kesemua tanah jajahan Islam (Moor) di Iberia jatuh ke tangan Kristian selepas peristiwa itu, kecuali bandar-bandar agung Moor Cordoba dan Seville.

Pihak Al-Muwahhidun memerintah di Afrika sehinggalah kemunculan puak Marinid dalam tahun 1215. Sebelum itu, kekhalifahan Al-Muwahhidun kehilangan wilayah dan jajahan melalui pemberontakan puak-puak dan daerah-daerah di wilayah jajahan mereka. Wakil terakhir Al-Muwahhidun, Idris II, "Al Wathiq" hanya memiliki Marrakesh, di mana beliau dibunuh oleh seorang hamba abdi pada tahun 1269. Pihak Marinid merampas Marrakesh dan menamatkan permerintahan Al-Muwahhidun di Maghreb Barat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Le Moyen Âge, XIe- XVe siècle, par Michel Kaplan & Patrick Boucheron. p.213, Ed. Breal 1994 (ISBN 2-85394-732-7)[1]
  2. (Perancis) P. Buresi, La frontière entre chrétienté et islam dans la péninsule Ibérique, pp.101-102. Ed. Publibook 2004, Templat:ISBN [2]
  3. B. Lugan, Histoire du Maroc, ISBN 2-262-01644-5
  4. Concise Encyclopaedia of World History, by Carlos Ramirez-Faria, pp.23&676 [3]
  5. http://www.britannica.com/EBchecked/topic/16820/Almohads

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • History of the Almonades, Reinhart Dozy, (second edition, 1881)
  • Conquest of Spain by the Arab-Moors, Coppée, (Boston, 1881)
  • Le livre d'Ibn Tumart, I. Goldziher, (1903)
  • Les Benou Ghanya, Bel, (1903)
  • Mica Enciclopedie de Istorie Universala, Marcel D. Popa, Horia C. Matei, (Bucharest, Editura Politica 1988)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Al-Murabitun
Dinasti Al-Muwahhidun
1121–1269
Diikuti oleh:
Dinasti Marin