Rempit vs Impak Maksima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rempit vs Impak Maksima
Genre Aksi
Pengarah Ahmad Idham
Dibintangi Zeyna Ibrahim
Zed Zaidi
Siti Elizad
Iqram Dinzly
Negara asal  Malaysia
Bahasa Malaysia
Penyiaran
Saluran asal TV3
Siaran asal 3 Oktober 2008 (telefilem)
16 Februari 2009 – 11 Mei 2009 (siri)
Kronologi
Rancangan berkaitan Impak Maksima
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Rempit vs Impak Maksima ialah sebuah drama televisyen Malaysia arahan Ahmad Idham untuk TV3 yang bertemakan aksi mat rempit dan lumba drifting, yang terdiri daripada telefilem yang disiarkan sempena Aidilfitri pada 3 Oktober 2008, 9 malam[1], disusuli siri 13 episod yang disiarkan dalam slot Aksi (Isnin, 9 malam) dari 16 Februari hingga 11 Mei 2009.

Walaupun nampaknya menggabungkan tajuk dua filem arahan Ahmad Idham, iaitu Remp-It dan Impak Maksima, namun drama ini tiada kena-mengena dengan jalan cerita filem-filem tersebut, apatah lagi siri TV Impak Maksima.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pernah dilaporkan bahawa Rempit vs Impak Maksima asalnya hanya dalam bentuk telefilem, tetapi setelah mendapat sambutan hangat, ia diteruskan dalam bentuk siri TV.[2] Menurut sutradara Ahmad Idham[2], “Dalam siri ini, saya cuba mengubah persepsi masyarakat bahawa mat rempit adalah ‘sampah masyarakat’. Saya tidak mahu menunjukkan sudut negatif mereka. Mesej yang ingin saya sampaikan adalah mat rempit ini cukup bagus. Mereka mempunyai jiwa ‘berani mati’. Dengan kecekalan dan semangat itu, drama siri ini memaparkan kisah seorang pelumba jalanan yang akhirnya berjaya menjadikan dunia permotoran sebagai kerjaya profesional.”

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2009, sebulan selepas mula bersiaran, dilaporkan bahawa siri TV Rempit vs Impak Maksima kurang mendapat sambutan berbanding siri Impak Maksima asal, gara-gara ramai ibu bapa yang menghalang anak-anak mereka menonton drama ini dengan alasan ia membawa kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak dan remaja, mengikut tinjauan yang dilakukan oleh pihak penerbit berhubung kenyataan itu.[3] Ujar Ahmad Idham mengenai hal ini[3]: "Tonton dulu drama itu barulah boleh membuat penilaian. Saya akui ia ada memaparkan aktiviti mat rempit yang sering dilabel sebagai golongan bermasalah, tapi dalam drama ini saya angkat kisah seorang mat rempit yang akhirnya melakukan aktiviti lumba motosikal di jalan yang betul. Saya tonjolkan perubahan dalam kehidupan watak utama lakonan Iqram Dinzly yang berjaya dalam dunia lumba motosikal apabila dia memilih jalan yang betul. Di sini menunjukkan kita sudah memberitahu penonton yang berminat dalam aktiviti permotoran agar melakukannya dengan cara yang betul. Saya bukannya hanya memaparkan aktiviti yang tidak bermoral sahaja."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Goodies on the tube". eCentral (The Star). 1 Okt 2008. Diperoleh pada 24 Apr 2010. 
  2. 2.0 2.1 Azwan Annuar (6 Feb 2009). "Aksi Rempit vs Drift Di TV". gua.com.my. Diperoleh pada 24 Apr 2010. 
  3. 3.0 3.1 Rosli Manah (10 Mac 2009). "Ibu bapa halang tonton Rempit vs Impak Maksima?". Mangga Online. Diperoleh pada 24 Apr 2010. 
TV3: Aksi, Isnin, 9.00 malam
Sebelumnya Rempit vs Impak Maksima
(16 Februari – 11 Mei 2009)
Berikutnya
Pepaya Bio-Nik