Robert Baden-Powell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Robert Baden-Powell.

Robert Stephenson Smyth Baden-Powell (22 Februari 1857 - 8 Januari 1941) merupakan pengasas dan bapa Pergerakan Pengakap Dunia.


Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Paddington, London, Baden-Powell merupakan anak ke enam daripada lapan anak kepada Profesor Savilian yang mengajar geometri di Oxford. Ayahnya meninggal ketika beliau berusia tiga tahun.

Selepas menghadiri Sekolah Tinggi Bukit Ros (Rose Hill School), Tunbridge Wells, Baden-Powell dianugerahkan dengan biasiswa bagi sekolah awam Charterhouse. Pengenalannya kepada kemahiran pengakap adalah menjejak dan memasak haiwan serta mengelak guru dalam belukar yang berhampiran, yang juga merupakan kawasan larangan.

Beliau juga bermain piano dan violin, mampu melukis dengan baik dengan menggunakan kedua belah tangan ("ambidextrous"_), dan gemar berlakon. Percutian dihabiskan dengan ekspedisi belayar atau berkanu dengan saudaranya.

Kerjaya Ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1876, Baden-Powell memasuki Hussars Ke-13 di India. Pada tahun 1895 dia bertugas dengan khidmat khas di Afrika dan pulang ke India pada tahun 1897 untuk mengetuai 5th Dragoon Guards.

Baden-Powell berlatih dan mengasah kemahiran pengakapnya dengan puak Zulu pada awal 1880-an di jajahan Natal Afrika Selatan di mana regimentnya ditempatkan dan namanya disebut-sebut dalam komunikasi. Kemahirannya mengkagumkan dan dia kemudiannya dipindahkan ke perkhidmatan rahsia British. Dia sering mengembara sebagai pengumpul rama-rama, memasukkan plan kemudahan ketenteraan kedalam lukisan kepak rama-ramanya.

Baden-Powell kemudiannya diletakkan sebagai pegawai perisikan selama tiga tahun di Mediterranean ditempatkan di Malta. Dia kemudiannya mengetuai kempen ketenteraan yang berjaya di Ashanti, Afrika, dan pada usia 40 dilantik untuk mengetuai 5th Dragoon Guards pada tahun 1897. Beberapa tahun kemudian, dia menulis buku panduan ringkas bertajuk "Aids to Scouting", ringkasan kepada ceramah yang dia berikan berkenaan peninjau ketenteraan, untuk membantu melatih rekruit. Menggunakan buku ini dan kaedah lain,dia mampu melatih mereka untuk berfikir sendiri, menggunakan dayausaha sendiri, dan untuk terus hidup dalam belukar.

Baden-Powell kembali ke Afrika Selatan sebelum Perang Boer dan terlibat dalam beberapa pertempuran melawan Zulu. Dilantik pada masa Perang Boer kepada pangkat kolonel, dia bertanggung jawab untuk organisasi pasukan peneroka untuk membantu tentera biasa. Ketika menyelia,dia terperangkap dalam pengepongan Mafeking, dan dikelilingi oleh tentera Boer yang melebihi 8,000 orang. Walaupun mempunyai bilangan yang lebih kecil, garrison itu berjaya bertahan dalam pengepungan selama 217 hari, dan kebanyakannya kejayaan itu dikatakan hasilbeberapa muslihat strategi bijak yang dilaksanakan oleh Baden-Powell yang bertindak sebagai komander garrison. Periuk api palsu ditanam, dan tenteranya diperintah untuk berlakun mengelak pagar kawat olok-olok (tidak wujud) apabila bergerak antara parit kubu. Baden-Powell melaksanakan kebanyakan kerja peninjauan secara peribadi dan membina pasukan kanak-kanak asli untuk membawa perutusannya ke sekeliling ; Baden-Powell amat kagum dengan keberanian mereka dan kesungguhan mereka yang ditunjukkan ketika melaksanakan tugas dan ini menyebabkan dia mengingatinya. Pengepungan itu terbubar oleh Pembebasan Mafeking pada 16 Mei 1900. Dilantik sebagai Major-General, Baden-Powell menjadi wira kebangsaan England.

Selepas menguruskan pasukan polis Afrika Selatan Baden-Powell balik ke England untuk bertugas sebagai Inspector General pasukan Berkuda "Cavalry" pada tahun 1903.

Pulang ke England[sunting | sunting sumber]

Selepas pulang, Baden-Powell mendapati buku panduan ketenteraannya "Aids to Scouting" telah menjadi jualan paling laris, dan telah digunakan oleh para guru dan organisasi remaja.

Selepas kembali dari perjumpaan dengan pengasas Boys' Brigade, Sir William Smith, Baden-Powell mengambil keputusan untuk menulis kembali Aids to Scouting agar bersesuaian dengan pembaca remaja, dan pada tahun 1907, Baden-Powell membuat satu perkhemahan di pulau Brownsea bersama dengan 22 orang budak lelaki yang mepunyai latar belakang berbeza, untuk menguji sebahagian daripada ideanya. Buku "Scouting for Boys" kemudiannya diterbitkan pada tahun 1908 dalam enam ansuran. Kanak-kanak remaja membentuk "Scout Troops" secara spontan dan pergerakan Pengakap bermula tanpa disengajakan, pada mulanya pada peringkat kebangsaan, dan kemudiannya pada peringkat antarabangsa. Pergerakan pengakap berkembang secara seiring dan harmoni bersama Boys' Brigade. Pergerakan Pandu Puteri kemudiannya diasaskan pada tahun 1910 di bawah kelolaan saudara perempuan Baden-Powell Agnes Baden-Powell.

Walaupun dia mampu menjadi Field Marshal, Baden Powell membuat keputusan untuk bersara daripada tentera pada tahun 1910 mengikut nasihat Raja Edward VII, yang mencadangkan bahawa lebih baik Baden-Powell berkhidmat kepada negaranya dengan mempromosi pergerakan Pengakap.

Pada Januari 1912 Baden-Powell bertemu bakal isterinya Olave Soames di atas kapal penumpang (Arcadia) dalam perjalanan ke New York untuk memulakan Lawatan Pengakap Dunia "Scouting World Tours". Olave berusia 23, Baden 55, dan mereka berkongsi tarikh lahir. Mereka bertunang pada September tahun yang sama, menjadi berita utama. Untuk mengelak gangguan pihak akhbar, mereka melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada 30 Oktober 1912.

Ketika pecah perang Dunia I pada tahun 1914, Baden-Powell menawarkan dirinya kepada Jabatan Perang "War Office". Tiada tanggung jawab diberikan kepada beliau, kerana, seperti yang dikatakan oleh Lord Kitchener : "dia boleh mendapatkan beberapa jeneral division dengan mudah tetapi tidak tidak dapat mencari orang yang mampu meneruskan usaha baik Boy Scouts." Khabar angin menyatakan Baden-Powell terbabit dalam perisikan dan pihak perisikan mengambil langkah untuk menanam dan menggalakkan mitos tersebut.

Baden-Powell dikurniakan jawatan Baronet pada tahun 1922, dan bergelar Baron Baden-Powell, dari Gilwell dalam County Essex, pada tahun 1929, Gilwell Park menjadi tapak latihan Ketua Pengakap Antarabangsa. Baden-Powell dilantik ke Order of Merit dalam sistem penghormatan British pada tahun 1937, dan dianugerahkan 28 gelaran dari negara asing.

Dibawah usaha gigihnya pergerakan Pengakap dunia berkembang. Pada tahun 1922 terdapat hampir sejuta pengakap dalam 32 negara; pada tahun 1939 jumlah pengakap melebihi 3.3 juta orang.

Tidak lama selepas berkahwin, Baden-Powell berhadapan dengan masalah kesihatan, dan mengalami beberapa serangan penyakit. Pada tahun 1934 prostatenya dibuang, dan pada tahun 1939 dia berpindak ke sebuah rumah yang dibinanya di Kenya, negara yang pernah dilawatinya untuk berehat. Dia meninggal di Kenya, di Nyeri, berhampiran Gunung Kenya, pada 8 Januari , 1941.

Pergerakan Pengakap dan Pandu Puteri meraikan 22 Februari sebagai hari B-P, tarikh lahir bersama Robert dan Olave Baden-Powell, untuk memperingati dan meraikan jasa Ketua Pengakap dan Ketua Pandu Puteri dunia.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Frederick Russell Burnham, Rhodesia, 1896

Pada tahun 1931, Mayor Frederick Russell Burnham didedikasikan Gunung Baden-Powell di California untuk teman lamanya Pramuka dari empat puluh tahun sebelumnya. Hari persahabatan mereka dihormati selama-lamanya dengan dedikasi puncak sebelah, Gunung Burnham .

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Robert Baden-Powell "Scouting for Boys", London, 1907
  • Hilary Saint George Saunders, "The Left Handshake", London, 1948
  • William Hillcourt (with Olave, Lady Baden-Powell) "Baden-Powell, Two Lives Of A Hero", Putnam, 1964
  • Tim Jeal "Baden-Powell, Founder of the Boy Scouts", London, 1989

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pengganti[sunting | sunting sumber]

Menggantikan:
Ciptaan baru
Baron Baden-Powell Digantikan:
Arthur Baden-Powell